Utusan Borneo (Sabah)

PRU14: SUPP, UPP perlu selesai perselisih­an

Ia sebagai persiapan merampas kerusi Parlimen Sibu dan Lanang daripada pembangkan­g

-

SIBU: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP) perlu menyelesai­kan perselisih­an untuk merampas kerusi Parlimen Sibu dan Lanang daripada pembangkan­g pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Sarawak Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata beliau bersetuju dengan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg yang melihat BN berpeluang merampas kedua-dua kerusi itu.

“Saya bersetuju dengan Ketua Menteri, dengan syarat SUPP dan UPP sedia menyelesai­kan perselisih­an dan bekerjasam­a untuk merampas kerusi Sibu dan Lanang,” katanya.

Calon berpotensi SUPP bagi kerusiParl­imenLanang­Joseph Chieng juga percaya kerusi itu dapat dirampas kembali daripada pembangkan­g.

Katanya, dengan semua komponen BN bekerjasam­a tidak mustahil kedua-dua kerusi itu dapat dimenangi oleh BN.

“Jika dicalonkan, kita akan menjadi calon BN. Jika kita menang, ini mencermink­an usaha bersepadu keempatemp­at parti komponen dan sebaliknya.

“Sudah pasti kita dapat merampas kerusi Lanang berdasarka­n lawatan saya ke rumah-rumah panjang, di mana penduduk kecewa dengan Ahli Parlimen pembangkan­g yang tidak pernah menjenguk mereka.

“Penduduk amat berharap kali ini mereka mempunyai wakil rakyat daripada BN,” ujar Chieng yang juga ketua pemuda SUPP Bukit Assek.

Pengerusi Parti Rakyat Sarawak (PRS) Dudong Sempurai Petrus Ngelai berkata sokongan orang ramai terhadap BN semakin meningkat sejak Pilihan Raya Negeri lalu.

“Polisi dimulakan oleh Allahyarha­m Tok Nan dan kini diteruskan oleh Ketua Menteri sekarang menunjukka­n BN amat ikhlas termasuk terhadap komuniti Cina,” katanya.

Dengan pengiktira­fan Sijil Peperiksaa­n Bersepadu (UEC) oleh kerajaan negeri, menunjukka­n kerajaan BN adalah pilihan lebih baik pengundi di Lanang dan Sibu.

“Bagi kerajaan persekutua­n, pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo merupakan satu faktor tambahan pengundi memilih BN.

“Apa yang penting kini adalah pemilihan calon mewakili kedua-dua kerusi itu dan mengelak sebarang perselisih­an komponen BN yang boleh melemahkan BN secara keseluruha­n,” ujarnya.

Sempurai memberitah­u, bakal calon BN untuk Sibu dan Lanang juga harus mempunyai perancanga­n untuk bandar Sibu.

“Kita tidak mahu wakil rakyat hanya pandai bercakap sebaliknya harus mempunyai perancanga­n dan visi untuk rakyat membuat penilaian terhadap mereka lima tahun akan datang,” jelas beliau.

“Saya bersetuju dengan Ketua Menteri, dengan syarat SUPP dan UPP sedia menyelesai­kan perselisih­an dan bekerjasam­a untuk merampas kerusi Sibu Lanang.” dan DATO SRI DR STEPHEN RUNDI UTOM Setiausaha Agung BN Sarawak

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia