Utusan Borneo (Sabah)

Tertuduh ditemui mati tergantung di tandas sel mahkamah

-

MIRI: Seorang tertuduh yang menghadiri sebutan pertama kes ditemui mati tergantung di tandas sel Kompleks Mahkamah Miri di sini, tengah hari Khamis.

Mangsa berusia 26 tahun dari Kampung Tudan ditemui mati pada kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Menurut sumber, mangsa dipercayai menggantun­g diri di jeriji tandas berkenaan menggunaka­n hos paip air.

Difahamkan, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik Hospital Miri.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner (ACP) Lim Meng Seah ketika ditemui di lokasi mengesahka­n kejadian terbabit dan kes disiasat sebagai mati mengejut.

Mayat mangsa kemudian dibawa menggunaka­n kenderaan polis ke Jabatan Forensik Hospital Miri untuk bedah siasat.

Terdahulu, mangsa dibawa ke Mahkamah Sesyen, Kompleks Mahkamah Miri bagi sebutan pertama kes atas tuduhan memiliki senjata berbahaya di tempat awam.

Mangsa yang didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 telah mengaku tidak bersalah.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak melebihi 10 tahun serta boleh disebat enam kali, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n pertuduhan kes, tertuduh telah dituduh memiliki beberapa jenis senjata berbahaya seperti sebilah pisau, sebilah parang berhulu kayu dan sebilah pisau mata gergaji tanpa kebenaran yang sah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 2.07 petang, 26 November lalu di Jalan Lumba, Pujut 4C di sini.

Setelah mendengar pengakuan tidak bersalah tertuduh, mahkamah kemudian menetapkan 7 Disember ini untuk pengurusan kes.

Manakala, tertuduh dibenarkan dibebas dengan jaminan tunai RM7,000 berserta seorang penjamin tempatan sementara menunggu tarikh itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia