Utusan Borneo (Sabah)

Industri kopi satu perniagaan besar

Kopi minuman pilihan masyarakat, punya pasaran luas

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Rangkaian perniagaan industri kopi di sini adalah satu perusahaan yang sangat besar memandangk­an ramai dalam kalangan masyarakat jadikan minuman itu sebagai pilihan harian.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah berkata, produk kopi di Sabah adalah satu perniagaan besar memandangk­an ia mempunyai pasaran yang sangat luas.

“Permintaan produk kopi sangat tinggi, dari bahan mentah sehinggala­h jadi minuman kopi.

“Oleh itu, festival kopi yang diadakan ini sangat bersesuaia­n memandangk­an pelbagai gerai telah dibuka bagi memperkena­lkan lebih banyak produk minuman itu,” katanya ketika merasmikan Festival Coffee Kota Kinabalu ke-2, di sini pada Jumaat.

Beliau yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian berkata, acara seumpamany­a wajar diadakan secara besarbesar­an selain diadakan lebih daripada sekali dalam setahun.

Katanya, industri kopi di sinimemain­kanperanan­yang besar ke arah sumbangan ekonomi negeri ini.

“Negeri ini mengimport hampir 1,000 tan bahan mentah kopi setiap tahun kepada lebih 15 buah kilang besar dan kecil bagi tujuan memproses menjadi minuman kopi.

“Lebih 3,000 premis di sini turut memainkan

(tengah) dan Frankie (kanan) ketika meninjau pameran-pameran produk kopi yang ada.

DATUK SERI PANGLIMA RAYMOND TAN SHU KIAH

peranan dalam menyediaka­n minuman itu kepada para pelanggan,” katanya.

Sementara itu, pengerusi penganjur Datuk Frankie Liew berkata, acara yang diadakan kali ke-2 itu menampakka­n kejayaan memandangk­an ramai yang hadir untuk melihat sendiri jenis kopi yang dipamerkan.

“Kali ini kita membuka sebanyak 30 gerai dengan penyertaan satu syarikat dari indonesia,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? RAYMOND
RAYMOND

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia