Utusan Borneo (Sabah)

50 peserta berjaya tamatkan kursus Tart Telur, Kuih Bulan

- Oleh YAP SIONG HAN

PENAMPANG: Seramai 50 peserta berjaya menamatkan kursus masakan Tart Telur serta Kuih Bulan (snow skin) yang diadakan di sini pada Ahad lepas.

Ketua Wanita Umno BahagianPe­nampangNor­aini Idris berkata, kursus yang dianjurkan itu penting dalam usaha bagi memperkasa­kan ekonomi golongan wanita dengan memberikan latihan keusahawan­an kepada mereka.

“Ini adalah kursus yang dianjurkan Majlis Pembanguna­n Wanita Keluarga dan Masyarakat (MPWK) Parlimen Penampang dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA).

“Ini adalah program kemahiran ke-7 dianjurkan MPWK Penampang sepanjang tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.

(kanan) menyerahka­n sijil penyertaan kepada salah seorang peserta.

Beliau berkata, tujuan kursus juga untuk mengajar kemahiran dalam masakan kuih-muih komersial kepada para peserta.

Katanya, kemahiran seumpamany­a mampu membantu para peserta menjana pendapatan sampingan untuk keluarga.

Norainiyan­gjugaPenge­rusi MPWKparlim­enPenampan­g turut merasmikan program itu. KUALA LUMPUR: Malaysia, Thailand dan Indonesia bersetuju melaksanak­an Skim Jumlah Eksport Yang Dipersetuj­ui (AETS) kelima bermula semalam.

Majlis Getah Tiga Pihak Antarabang­sa (ITRC) dalam satu kenyataan kelmarin berkatadib­awahskimte­rsebut, ketiga-tiga negara anggota ITRC akan mengehadka­n eksport getah asli bagi tempoh masa tertentu yang bertujuan untuk mengawal penurunan harga getah asli ketika ini.

“ITRC akan terus melaksanak­an langkahlan­gkah lain dengan objektif memastikan kesejahter­aan pekebun kecil getah, kerana kami percaya paras harga yang adil akan memberi manfaat kepada pihak berkepenti­ngan dalam industri getah asli, terutamany­a pekebun kecil getah,” kata majlis itu.

ITRC berkata langkah itu merupakan satu daripada keputusan yang dicapai semasa Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan ITRC yang diadakan di Chiang Mai, Thailand, pada Rabu.

AETS kali pertama diperkenal­kan pada Mesyuarat Perundinga­n Khas ITRC pertama di Bangkok, Thailand pada 15 Ogos, 2012, dan dilaksanak­an pada 1 Okt tahun yang sama.

Sementara itu, ITRC berkata mesyuarat tersebut juga maklum dengan situasi penawaran dan permintaan semasa getah asli dan bimbang harga tidak mencermink­an asas pasaran.

“Ini dengan mengambil kira musim hujan ketika ini di kawasan pengeluar getah utama yang menyebabka­n penguranga­n bekalan.

“Selain itu, stok getah asli di negara-negara pengimport utama seperti China menunjukka­n aliran menurun,” kata majlis itu. - Bernama

 ??  ?? NORAINI
NORAINI
 ??  ?? PARA peserta merakamkan gambar kenangan selepas tamat kursus, turut kelihatan Noraini (duduk, tujuh kiri).
PARA peserta merakamkan gambar kenangan selepas tamat kursus, turut kelihatan Noraini (duduk, tujuh kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia