Utusan Borneo (Sabah)

Susulan ketakutan botulisme penyebab tepung susu bayi ditarik dari pasaran seluruh dunia

-

WELLINGTON: Syarikat gergasi tenusu New Zealand Fonterra semalam diarahkan membayar syarikat lawannya dari Perancis Danone sejumlah NZ$183 juta (AS$125 juta) sebagai ganti rugi bagi ketakutan mengenai botulisme yang menyebabka­n susu tepung bayi ditarik balik dari pasaran di seluruh dunia dalam langkah berjagajag­a.

Pembayaran yang besar muncul selepas Danone menyaman bagi krisis 2013, ketika ketakutan mengenai pencemaran dalam bahan-bahan yang dibekalkan oleh Fonterra memaksa penarikan balik susu tepung di seluruh dunia, termasuk jenama Danone.

Syarikat Perancis itu mengambil tindakan perundanga­n di beberapa mahkamah New Zealand dan di Pusat Arbitrasi Antarabang­sa Singapura, yang melaksanak­an peraturan dagangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Tribunal yang berpusat di Singapura itu mengarahka­n pembayaran semalam.

Danone menganggar­kan ketakutan bagi botulisme telah menyebabka­n ia menanggung kerugian sebanyak 300 juta euro daripada keuntungan operasi dan 370 juta euro daripada jualan.

Ia berkata keputusan tribunal adalah perlu bagi memastikan Fonterra bertanggun­gjawab untuk masalah keselamata­n makanan yang membawa kepada krisis tersebut.

“Danone menerima baik keputusan arbitrasi sebagai satu jaminan supaya pengajaran akibat krisis itu tidak akan dilupakan,” menurutnya dalam satu kenyataan.

“Danone menganggap bahawa arbitrasi ini menunjukka­n kesan bagi tindakan perundanga­nnya terhadap Fonterra, termasuk untuk mendapatka­n tahap paling tinggi bagi keselamata­n makanan di sekitar industri tersebut.”

Fonterra merupakan sebuah kumpulan bagi kira-kira 13,000 peladang New Zealand yang bersamaan dengan satu pertiga daripada eksport tenusu di dunia.

Syarikat menyatakan ia berasa kecewa dengan keputusan itu, mempertika­ikan ia telah mengehadka­n liabiliti di bawah perjanjian bekalannya dengan Danone.

Namun ia menyatakan tindakan itu tidak akan menjejaska­n dasarnya ketika syarat telah dilakukan.

“Fonterra berada dalam kedudukan kewangan yang kukuh dan mampu untuk berdepan dengan kos penarikan balik,” menurut ketua eksekutifn­ya Theo Spierings.

Pengerusi Fonterra John Wilson berkata terdapat skop yang terhad bagi mencabar keputusan tribunal, menjadikan satu rayuan “sebagai mungkin tidak diterima.”

Danone menyatakan ia masih lagi meneliti pilihannya berdasarka­n tindakan perundanga­n yang berasingan di New Zealand.

Fonterra mengumumka­n pada Ogos 2013 bahawa beberapa ujian telah menemui dadih yang dibekalkan oleh mereka berkemungk­inan dicemari dengan botulisme, yang boleh menyebabka­n kelumpuhan atau kematian.

Bahan yang disyaki kemudian didapati sebagai sejenis bakteria tidak beracun yang dipersalah­kan terhadap sebatang paip kotor di sebuah kilang pemprosesa­n di North Island.

Namun ia mengambil masa lebih tiga minggu bagi menjelaska­n isu tersebut dan dalam waktu tersebut pihak penjual tidak mempunyai pilihan lain selain mengeluark­an susu tepung yang berkemungk­inan dicemari dari rak jualan mereka.

Keakuran yang menjejaska­n reputasi “bersih, hijau” di New Zealand, terutama di pasaran mewah China, di mana tenusu Kiwi dianggap secara meluas sebagai tahap emas.

Fonterra telah dituduh sebagai tersilap menguruska­n krisis dengan mengeluark­an maklumat terlalu lambat dan kemudian memberikan data yang tidak lengkap ketika ia akhirnya dinyatakan kepada umum.

Perdana menteri ketika itu John Key mengarahka­n beberapa pegawai kerajaan meninjau respons Fonterra dan pergi sendiri ke China bagi memohon maaf untuk kejadian mengejut itu.

Spierings mengakui “kesilapan telah dilakukan,” namun berkata Fonterra sering mengutamak­an keselamata­n pelanggan dan telah mengubah semula sistem pengurusan krisisnya.

“Ketika tiada sebarang risiko terhadap orang ramai, kami telah belajar daripada pengalaman ini,” kata beliau.

“Akibatnya kami melakukan perubahan bagi pengesanan produk kami dan proses penarikan semula, serta sistem pengurusan insiden.”

Spierings berkata syarikat kerjasama mempercaya­i liabilitin­ya terhadap Danone telah meningkat kepada kirakira NZ$11 juta di bawah perjanjian bekalan mereka.

Selepas pengumuman itu, ia memutuskan dividen ramalannya kepada 35-45 sen bagi setiap saham untuk tahun kewangan sekarang, menurun daripada 45-55 sen.

Fonterra pada September mengumumka­n keuntungan bersih tahunan sebanyak NZ$745 juta, menurun 11 peratus daripada tahun sebelumnya. — AFP

 ??  ?? GAMBAR fail menunjukka­n produk Danone, Dannon Yogurt, yang dijual di pasar raya di New York pada 15 Februari lalu. — Gambar Reuters
GAMBAR fail menunjukka­n produk Danone, Dannon Yogurt, yang dijual di pasar raya di New York pada 15 Februari lalu. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia