Utusan Borneo (Sabah)

Bekas PM Itali didakwa sogok saksi perbicaraa­n

-

ROM: Bekas perdana menteri Itali Silvio Berlusconi kelmarin diarahkan dihadapkan dalam perbicaraa­n bagi tuduhan menyogok saksi dalam satu kes berkaitan dengan parti “bunga bunga”, menurut laporan media.

Keputusan adalah bahagian terbaharu dalam skandal yang melibatkan Karima El-Mahroug – dikenali sebagai Ruby the Heart Stealer – wanita yang dikatakan telah dibayar oleh ahli politik veteran itu untuk mengadakan hubungan seks.

Selepas disabitkan pada 2013, dia dibebaskan dari semua tuduhan pada 2015. Mahroug berusia 17 tahun pada masa itu.

Namun sebuah mahkamah di Siena berkata Berlusconi harus dibicaraka­n bagi bayaran yang dibuat kepada Danilo Mariani, seorang pemain piano pada masa parti di kediaman ahli politik itu berhampira­n Milan.

Perbicaraa­n pertama akan dilakukan di Siena pada 1 Februari, 2018, menurut laporan, dengan Berlusconi dituduh membayar Mariani untuk berbohong pada perbicaraa­n asalnya.

Kes itu menjejaska­n Berlusconi, sekarang berusia 81 tahun, yang cuba membuat satu lagi kemunculan semula dalam politik.

Sebelum pilihan raya umum dijangka akan diadakan Mei tahun depan, bilionair yang menjadi perdana menteri sebanyak empat kali itu telah membawa satu kes ke Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah, meminta ia agar membatalka­n sekatan terhadapny­a untuk memegang jawatan yang dilantik.

Dia berharap mahkamah di bandar Strasbourg di Perancis akan menolak sekatan selama enam tahun dijatuhkan terhadapny­a bagi pensabitan­nya pada 2012 bagi penipuan cukai. — AFP

 ??  ?? GAMBAR fail 1 Julai menunjukka­n Berlusconi yang diarahkan dihadapkan dalam perbicaraa­n atas tuduhan menyogok saksi dalam kes berkaitan dengan parti ‘bunga bunga’, menurut laporan media di Itali kelmarin. — Gambar Reuters
GAMBAR fail 1 Julai menunjukka­n Berlusconi yang diarahkan dihadapkan dalam perbicaraa­n atas tuduhan menyogok saksi dalam kes berkaitan dengan parti ‘bunga bunga’, menurut laporan media di Itali kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia