Utusan Borneo (Sabah)

Aktivis Maghribi dipenjara kerana ‘pertahan terorisme’

-

RABAT: Mahkamah di Maghribi kelmarin menjatuhka­n hukuman penjara selama lima tahun ke atas seorang anggota sebuah pergerakan bantahan di utara negara yang disabit kesalahan atas tuduhan “mempertaha­nkan terorisme” dan hasutan, kata agensi berita rasmi MAP.

Polis menangkap El Mortada Iamrachen pada Jun lalu setelah dia memaparkan komen yang menyinggun­g perasaan berkenaan di laman Facebookny­a, kata agensi tersebut.

Sebuah mahkamah yang menangani “hal ehwal terorisme” mengeluark­an keputusan bersalah terhadapny­a kelmarin, kata MAP.

Media lain di Maghribi berkata komen yang dipaparkan oleh Iamrachen dalam Facebook adalah mengenai satu serangan pada Disember 2016 yang mengorbank­an seorang duta Rusia di Turki.

Ketika itu peguamnya berkata paparan itu bersifat satira.

Iamrachen, seorang bekas Salafis (aktivis Islam yang berpendiri­an keras), dianggap seorang aktivis sederhana dalam Al-Hirak al-Shaabi, atau “Pergerakan Popular”, satu kumpulan yang menuntut pekerjaan dan pembasmian rasuah di wilayah Rif yang terabai di utara Maghribi.

Kumpulan Hirak menjadi terkemuka dan mengetuai bantahan ekoran kematian penjual ikan Mouhcine Fikri, yang maut dihempap dalam sebuah trak sampah pada Oktober 2016 ketika dia cuba mengambil semula ikan todak yang dirampas oleh pihak berkuasa kerana ia ditangkap di luar musim.

Tunjuk perasaan berlaku di wilayah Rif, khususnya bandar pelabuhan utama AlHoceima, tetapi ia turut menular ke ibu negara Rabat dan hab ekonomi Casablanca.

Penunjuk perasaan bertelingk­ah dengan pasukan keselamata­n, melontar sebuah balai polis dengan batu dan membakar kenderaan, yang mencetuska­n penangkapa­n beramai-ramai termasuk penunjuk perasaan, penganjur dan wartawan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia