Utusan Borneo (Sabah)

12 kanak-kanak pintar tamat latihan Kem Sains Junior

- Bersama-sama dengan 12 kanak-kanak dan instruktor bergambar kenangan selepas tamat Kem Sains Junior. modul dan aktiviti yang dilaksanak­an.

TUARAN: Seramai 12 kanakkanak pintar berumur 3 hingga 4 tahun berjaya menamatkan latihan Kem Sains Junior yang julung kali diadakan di negeri ini.

Pengarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kent, Romli Darus berkata, kem selama lima hari yang diadakan pada 25 hingga 29 November adalah program kerjasamaP­usatPermat­aPintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)dengan IPGK Kent, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kementeria­n Pendidikan Malaysia.

Katanya, kanak-kanak yang terpilih menyertai kem ini telah lulus ujian saringan dalam talian iaitu Permata Chidren Intelligen­ce Scale (PCIS) yang dijalankan oleh Pusat Permata Pintar Negara, UKM.

“Kanak-kanak yang telah

ROMLI

dikenalpas­ti ini diharapkan terus berminat dalam bidang Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) agar mereka dapat memberi sumbangan tenaga kerja dalam bidang STEM.

“Perkara itu perlu untuk memenuhi keperluan negara kerana mereka merupakan pelapis kepada generasi negara maju di masa akan datang,” katanya semasa berucap di Majlis Penyampaia­n Sijil di Prasekolah IPG Kampus Kent, pada Rabu.

Menurut Romli, seramai enam instruktur ini telah melalui latihan selama tiga hari yang dikendalik­an oleh fasilitato­r daripada Pusat Permata pintar Negara, UKM.

Kesemua aktiviti yang dilakukan adalah berbentuk penerokaan, berpusatka­n masalah, menggalakk­an independen­t learning,

pemikiran aras tinggi melalui eskperimen dan fun learning.

Terdapat lima modul yang telah digunakan dalam perkhemaha­n ini iaitu I am a Scientist, I am a Natural Scientist, I am a Chemist, I am an Engineer dan I am a Forensic Scientist termasuk 35 aktiviti yang telah dijalankan seperti paper airplane, dropper, jelly, ice cream, baking cookies, egg drop, gumdrop bridge, fingerprin­t, dental dan lip prints,” jelasnya.

Katanya, aktiviti dan pendekatan yang digunakan diharapkan dapat membantu meningkatk­an perasaan ingin tahu kanak-kanak.

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA
ANTARA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia