Utusan Borneo (Sabah)

Najmie johan pertanding­an pidato UMS

-

KOTA KINABALU: Muhammad Najmie Rani dari Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) muncul sebagai johan pertanding­an pidato ‘UMS Elocution Contest’ yang dianjurkan sempena Kursus Pengucapan Awam (EK00703) di universiti itu baru-baru ini.

Dengan pidato yang bertajuk ‘Keamanan’, Najmie mengetepik­an pesaing terdekat Melissa Ashnur dari Fakulti Kejurutera­an (FKJ) UMS yang terpaksa berpuas hati untuk berada di kedudukan naib johan.

Tempat ketiga pula disandang Marmilah Abdullah dari Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan (FKSW) melalui pidatonya bertajuk ‘Insan Berintegri­ti Kejayaan Berkualiti’.

Majlis perasmian dan penyampaia­n hadiah disempurna­kan Pengarah Pusat Kokurikulu­m dan Pemajuan Pelajar (PKPP) UMS, Prof. Madya Dr. Anuar Din.

Dalam ucapannya beliau menyuaraka­n harapan agar program tersebut sekali gus dapat melahirkan generasi yang berketeram­pilan, berkarisma dan berkeyakin­an terutama apabila berhadapan dengan khalayak ramai.

“Justeru, saya amat menyokong sekiranya program-program seumpama ini akan diteruskan lagi pada masa-masa akan datang,” katanya.

Terdahulu, wakil pengarah program, Shemaiah Marie Mojuntin dalam ucapannya berkata, penganjura­n program itu bertujuan untuk memartabat­kan Bahasa Melayu dalam diri masyarakat terutamany­a dalam kalangan mahasiswa termasuk pelajar antarabang­sa yang yang menuntut di UMS.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaa­n kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini, terutama kepada Pengarah PKPP UMS atas kesudian hadir bagi merasmikan program selain para penaja yang telah bersama-sama membantu menjayakan program ini,” katanya.

Bertemakan Bahasa Jiwa Bangsa pertanding­an itu disertai oleh semua 10 fakulti yang terdapat di universiti berkenaan.

Hadir sama, Pensyarah Kursus Pengucapan Awam Mohammad Norazmi Haris.

 ??  ??
 ??  ?? NAJMIE ketika menyampaik­an pidato bertajuk ‘Keamanan’.
NAJMIE (kanan) menerima hadiah daripada Dr. Anuar (tengah) sambil disaksikan oleh Norazmi (kiri).
NAJMIE ketika menyampaik­an pidato bertajuk ‘Keamanan’. NAJMIE (kanan) menerima hadiah daripada Dr. Anuar (tengah) sambil disaksikan oleh Norazmi (kiri).
 ??  ?? SHEMAIAH (kanan) mengambil gambar bersama pengacara pertanding­an.
SHEMAIAH (kanan) mengambil gambar bersama pengacara pertanding­an.
 ??  ?? DR. ANUAR berucap merasmikan majlis.
DR. ANUAR berucap merasmikan majlis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia