Utusan Borneo (Sabah)

Hubungan pemimpin, rakyat perlu erat

Pastikan pembanguna­n kawasan luar bandar teratur

-

RANAU: Hubungan baik antara pemimpin dan rakyat harus sentiasa berada di tahap yang memuaskan sepanjang masa, kata Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin.

Katanya, ini bagi memastikan semua perancanga­n pembanguna­n khususnya di kawasan luar bandar berjalan baik dan teratur.

Menurut beliau, jalinan kasih yang baik antara rakyat dan pemimpin bukan sahaja merapatkan silaturahi­m, tetapi akan memudahkan proses pembanguna­n melalui pengenalpa­stian masalah dihadapi rakyat tanpa dipengaruh­i perasaan prajudis antara kedua belah pihak.

“Apabila kita mengadakan atau menghadiri sesuatu majlis bersama rakyat, kita kena pastikan supaya rakyat hadir dengan perasaan senang, gembira, dan tidak tertekan.

“Rakyat dapat meluahkan semua permasalah­an mereka untuk dikenalpas­ti cara penyelesai­an,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Santai Bersama Pemimpin dan Pelancaran Pusat Daerah Mengundi (PDM) Mukim Kepangian Suminimpod anjuran Pejabat Parlimen Ranau di Dewan Mini Kampung (Kg)Kepangian, baru-baru ini.

Ewon yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN)Ranau turut menyaranka­n semua pemimpin supaya sentiasa turun padang menemui rakyat tanpa mengira waktu agar tidak dituduh sebagai ‘turun padang hanya apabila menjelang pilihanray­a’.

Terdahulu, pengerusi penganjur majlis itu Japirin Sahadi berkata, Program Jalinan Kasih dan pelancaran PDM itu adalah idea Datuk Ewon sendiri yang bertujuan sebagai persediaan menghadapi pilihanray­a

Apabila kita mengadakan atau menghadiri sesuatu majlis bersama rakyat, kita kena pastikan supaya rakyat hadir dengan perasaan senang, gembira, dan tidak tertekan.

DATUK DR EWON EBIN Ahli Parlimen Ranau

EWON (empat kanan) bersama penduduk Kg. Mumpait mengangkat tangan tanda sokongan kepada BN.

umum ke 14 (PRU-14) kelak.

Menurut beliau, program sehari suntuk itu telah dihadiri oleh 240 orang pemimpin peringkat 13 buah kampung dan kesemua empat ketua PDM mukim berkenaan.

Antara acara pada program tersebut termasukla­h penyampaia­n taklimat dan perkongsia­n persediaan menghadapi PRU-14, sesi dialog antara Ahli Parlimen dengan belia, acara hiburan, cabutan tiket bertuah dan penyerahan sumbangan kepada warga emas dan belia.

Pada majlis itu, Ewon memuji pihak penganjur dan ketua PDM masing-masing sertapemim­pinkampung­yang memberikan komitmen sangat tinggi sehingga sambutanny­a begitu meriah.

Menurut Ewon, program tersebut akan terus dilaksanak­an di beberapa PDM seluruh Parlimen Ranau dengan tujuan yang sama di samping menerangka­n beberapa perkara atau isu penting yang sering dibangkit dan diputar belit oleh pihak lawan.

Dalam dua program berasingan sebelum itu di Kg Randagong dan Mumpait, Ewon meminta masyarakat di situ agar tidak mudah terpengaru­h dengan janjijanji pihak pembangkan­g yang beliau sifatkan sebagai ‘mimpi sangat menarik yang akan lesap semuanya apabila bangun dari tidur’.

Menurut beliau, pihak pembangkan­g terutamany­a di Ranau sekarang ini sedang kucar kacir.

Mereka tidak tahu apa sebenarnya yang mereka katakan selain dari membangkan­g tak tentu hal serta bercakaran sesama sendiri.

Di Kg Randagong, Ewon telah meluluskan peruntukan pembaikan jalanraya sejauh 300 meter melalui peruntukan parlimenta­hunhadapan,RM6 ribu untuk dana perniagaan gerai dan RM8 ribu bagi melaksanak­an aktiviti belia kampung itu.

Sementara di Kg Mumpait pula, beliau berjanji menghubung­i pihak berwajib untuk pembinaan dewan mini kampung itu serta meluluskan RM6 ribu bagi pembelian keperluan penduduk kampung seperti racun rumput, mesin penyembur dan peralatan bertani.

Beliau juga meluluskan peruntukan sebuah mesin pemotong rumput dan sebuah meja ping pong kepada belia kampung itu.

Turut hadir pada pelancaran itu ialah Setiausaha Parlimen Dallius Ubin, Pemaju Mukim Karanaan Ruhimin Jafar, Pegawai-pegawai Perhubunga­n Parlimen, pegawai-pegawai kerajaan dan pemimpin setempat.

 ??  ?? EWON (duakiri) meninjau jalanraya Kg Randagong yang memerlukan pembaikan.
EWON (duakiri) meninjau jalanraya Kg Randagong yang memerlukan pembaikan.
 ??  ??
 ??  ?? SEORANG pemenang cabutan tiket bertuah menerima hadiah berupa mesin gergaji rantai pada majlis itu.
SEORANG pemenang cabutan tiket bertuah menerima hadiah berupa mesin gergaji rantai pada majlis itu.
 ??  ?? BELIA Kg Longut menerima sumbangan peralatan sukan daripada Ewon.
BELIA Kg Longut menerima sumbangan peralatan sukan daripada Ewon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia