Utusan Borneo (Sabah)

KPDNKK arah pegawai pantau harga di kawasan terjejas banjir

-

BATU KURAU: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) telah mengarahka­n pegawai penguat kuasanya serta ‘Friends of KPDNKK’ turun ke kawasan yang dilanda banjir bagi memantau harga barangan.

Menteri berkenaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang tidak beretika menaikkan harga barang di kawasan terjejas bencana alam itu.

“Mana-mana kedai yang menaikkan harga, kita akan sebarkan kedai yang tidak beretika itu di media massa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Penanaman Pokok Sempena Ulang tahun ke-5 AEON Big di sini, Jumaat.

Bagaimanap­un katanya setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kenaikan harga barang di kawasan terjejas banjir.

Lebih 2,000 batang pokok termasuk 300 pokok durian ‘Musang King’, cempedak, nangka, manggis dan jambu di tanam di 49 buah sekolah dan 42 agensi kerajaan di sekitar Parlimen Larut.

Mengenai program itu, Hamzah yang juga Anggota Parlimen Larut berkata penanaman pokok itu bertujuan memelihara alam sekitar.

“Diharapkan program ini (menanam pokok) dapat menjadi satu budaya kepada generasi muda supaya menjaga alam semula jadi secara bersama bukan setakat hari ini tetapi demi masa depan anak-anak kita,” katanya.

Sementara itu Pengarah Urusan AEON Big, Masayoshi Masuda berkata proram tersebut dilaksanak­an selaras dengan tanggungja­wab sosial korporat syarikat untuk menggalakk­an orang ramai mengamalka­n pemulihara­an alam sekitar.

Masuda berkata Yayasan Alam Sekitar AEON telah ditubuhkan pada 1990 dalam usaha membantu memulihara alam sekitar menerusi program menanam pokok di Jepun, China dan negara-negara ASEAN. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia