Utusan Borneo (Sabah)

Tidak cukup rehat punca cedera

-

PELAWAK dan pelakon, Zizan Razak mengakui beliau mengalami kecederaan akibat pitam semasa penggambar­an filem ‘Polis Evo 2’ kerana tidak mempunyai rehat yang cukup.

“Sebenarnya dari pagi itu saya rasa dah tak cukup rehat. Dalam minggu ini, saya (sudah) tiga kali berulang-alik dari KL ke Kuantan.

“Dan pagi itu, saya rasa tidak sihat tetapi saya buat juga aksi stunt, lompat sana sini, tembak-tembak apa semua benda,” katanya pada sidang media pratonton filem televisyen (FTV), Baby Bro di The Gardens Mall baru-baru ini.

Insiden tersebut mendapat perhatian netizen apabila Zizan berkongsi berita itu menerusi laman sosial media, Instagram miliknya.

Semen-tara itu, Zizan Razak dan Shaheizy Sam bakal berganding sekali lagi di dalam filem televisyen (FTV), ‘Baby Bro’ selepas gandingan pertama mereka dalam filem Polis Evo berjaya meraih kutipan tinggi pada tahun lalu.

FILEM KOMEDI

‘Baby Bro’ merupakan filem komedi arahan Ghaz Abu Bakar yang mengisahka­n tentang kehidupan seharian dua pemuda, Sham (Zizan Razak) dan Joe (Shaheizy Sam) yang mencari rezeki dengan cara tersendiri di Kuala Lumpur.

Kehidupan mereka berubah serta-merta dengan kehadiran seorang bayi yang tidak diketahui dari mana asalnya. Usaha untuk memulangka­n semula bayi tersebut menemui jalan buntu sehingga mereka akhirnya terpaksa membuat keputusan untuk menjaga bayi itu buat sementara waktu.

Filem yang mula ditayangka­n pada 30 Nov itu juga turut menampilka­n barisan pelakon popular seperti Izara Aishah dan Qistina Raisah. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia