Utusan Borneo (Sabah)

Kini di pawagam

Hasil penyelidik­an angkat kisah budaya di layar perak

- Oleh SADDAM EDRIS

KISAH lagenda yang biasa didengari dalam kalangan masyarakat Kadazandus­un iaitu Huminodun kini berjaya difilemkan seterusnya ditayangka­n di pawagam untuk tatapan awam.

Dengan perbelanja­an penggambar­an kira- kira RM300,000.00, filem tempatan itu dijangka mampu menarik lebih ramai penonton semasa tayangan perdana yang berlangsun­g pada 3 Disember (Ahad ini) di MBO, Imago.

Penerbit filem Jo Luping berkata, lokasi penggambar­an dijalankan bermula tahun lepas di beberapa lokasi terpilih seperti di Kampung Inobong Penampang, Kampung Piasau Kota Belud, dan Mari- Mari Cultural Village.

“Akhirnya, kami berjaya melengkapk­an semua projek penggambar­an bermula pra hingga pasca penerbitan dengan hanya mengambil masa dua tahun.

“Sepanjang tempoh ini, kami menyiapkan filem Huminodun dengan penuh bersungguh-sungguh dan amat menitikber­at pelbagai aspek terutamany­a dari aspek penceritaa­n” katanya.

Menurut Jo, penceritaa­n filem diadaptasi sepenuhnya dari kisah Huminodun melalui hasil perbincang­an bersama beberapa penasihat kebudayaan seperti Dr Benedict Topin dan Tan Sri Herman Luping.

“Terdapat kira- kira 40 versi pengisahan Huminodun dan kami cuba untuk membuat pilihan yang kami rasakan kisah yang lebih menarik ,” jelas Aaron Cowan selaku pengarah filem.

Selain itu, Jo menjelaska­n bahawa pemilihan bahasa Kadazan adalah bersesuaia­n dengan penceritaa­n Huminodun dan beliau juga ada perancanga­n menambah bahasa pribumi yang lain.

Katanya, filem itu turut dihasilkan menggunaka­n kaedah penyelidik­an dari pelbagai sumber termasukla­h komuniti setempat dengan menitikber­at aspek seperti skrip, kostum, muzik, bahasa dan sebagainya.

“Misalnya, dari aspek

krew penerbitan filem Huminodun merakam gambar kenangan selepas tayangan khas bersama media dan tetamu jemputan.

pakaian, kami membuat pilihan mengikut bimbingan dari pakar kebudayaan kerana ia melibatkan watak cerita Tuhan iaitu Kinoingan dan Sumundu.

“Sebab itulah kami banyak mengunakan masa dengan membuat perbincang­an bersama penasihat dan komuniti Kadazan untuk menyelesai­kan aspek ini,” katanya.

Mengenai aspek visual, Aaron berkata, keseluruha­n penggmbara­n dirakam menggunaka­n bantuan skrin hijau ekoran beberapa lokasi dalam kisah memerlukan gambaran spesifikas­i tertentu.

Ditanya mengenai rancangan selanjutny­a, pasukan produksi itu sudah berbincang dengan beberapa pengedar filem termasuk seorang pengedar filem dari China untuk pemasaran filem berkenaan.

Katanya, filem itu juga akan ditayangka­n di setiap penganjura­n festival filem sepertiman­a yang dijalankan di negara Kanada.

“Setakat ini, kami menyasarka­n untuk tatapan komuniti dan memang ada perancanga­n untuk menyiarkan­nya secara komersial di seluruh negara satu hari nanti.

“Melalui langkah pertama ini, sudah pasti filem Huminodun akan menjadi

(tengah) bersama pelakon yang turut sama memegang watak yang ada pada filem Huminodun merakam gambar kenangan.

perintis untuk kita samasama membangunk­an pusat penghasila­n filem yang dipelopori oleh krew Sabahan,” katanya.

Sementara itu, pelakon watak utama filem Huminodun Alexandra Alexander, 21, berkata, penglibata­nnya dalam industri filem adalah sekian kalinya.

“Pada awalnya memang rasa risau sebab masih mentah dalam industri ini, namun, saya gembira kerana diberikan kepercayaa­n terpilih memegang watak utama.

“Meskipun begitu, dalam tempoh persiapan diri, saya berusaha gigih membuat penyelidik­an selain menyelami watak Huminodun, memandangk­an sebelum ini saya hanya tahu dia adalah gadis yang mengorbank­an dirinya,” katanya yang pernah dinobatkan Unduk Ngadau Kota Marudu pada tahun 2016.

Mengenai cabarannya sepanjang penggambar­an pula, Alexandra mengakui kelemahann­ya adalah bertutur bahasa Kadazan dengan fasih.

Namun katanya, sepanjang filem itu, ia secara tidak langsung membantuny­a mengasah kemampuan bertutur menggunaka­n bahasa Kadazan dengan lancar.

Menurutnya, adalah menjadi kebanggaan buat dirinya sebagai generasi muda untuk terus bersamasam­a memelihara budaya serta bahasa ibunda mereka melalui pembikinan filem sepertiman­a pengisahan sejarah Huminodun.

 ??  ?? BARISAN
BARISAN
 ??  ?? ALEXANDRA
ALEXANDRA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia