Utusan Borneo (Sabah)

Tabs sertai Piala Dato’ Sri Nazir Razak

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Pasukan Tunas Asas Bola Sepak (Tabs) Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) Bandaraya bawa cabaran Sabah pada Kejohanan Bola Sepak Bawah 15 tahun Piala Dato’ Sri Nazir Razak 2017 di Selangor pada 8-11 Disember.

Kejohanan anjuran Yayasan CIMB yang akan berlangsun­g di Mini Stadium, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Selangor itu menyaksika­n Sabah bersaing dengan pasukan Kuala Lumpur, Kedah, Kelantan dan Melaka.

Salah seorang jurulatih program latihan mingguan Safa Bandaraya itu, Jumat Jimmy berkata, ia adalah kali pertama kejohanan peringkat umur bawah 15 tahun dianjurkan.

“Kami pun tidak tahu keupayaan pasukan lain. Kami akan cuba yang terbaik,” kata Jumat ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Tabs Safa Bandaraya menyenarai­kan 16 pemain yang akan diiringi Micheal Wong sebagai jurulatih dan Hassan Madisah selaku pengurus pasukan.

Jumat berkata, Tabs Safa Bandaraya turut menyertai kejohanan itu kerana program mereka juga di bawah tajaan Bank CIMB.

Ia merupakan kejohanan tahunan anjuran Yayasan CIMB tetapi tidak melibatkan peringkat umur bawah 15 tahun.

“Kami akan cuba sertai pertanding­an peringkat umur lain juga pada masa depan bagi memberi pendedahan kepada pemain-pemain muda program kami ini,” kata Jumat.

Program mingguan Tabs yang sudah berusia lebih 20 tahun itu disertai lebih 100 pemain seawal usia bawah 10 tahun.

Matasan Ahmad adalah pengarah teknikal Tabs.

Skuad bawah 15 tahun Tabs:

Jichiro Severinus, Amir Jef, Mohamad Azraei Mursidin, Mohamad Azhar Mursidin, Muhamad Zulhelmi Zulkifli, Vedrick Rent Noorman, Mohamad Syahryl Aiman Saiddin, Pladius Binsuan, Mohd Aisamuddin, Mohd Aisamuddin­Ramin,Beckhiley Douny, Mohd Dzulazhar Nurkhimal George Zulkifli, Max Me Mixmillen Hilton, Mohammad Daniel Hakimi, Mohamad Nazrul Fikri Mujid, Mohamad Syeikhal Alah dan Mohd Aiman Saidih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia