Utusan Borneo (Sabah)

PRU14: Undi berdasarka­n parti bukan individu

Walaupun wakil rakyat itu tidak dicalonkan pada PRU14

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Rakyat Sepanggar harus mempunyai persepsi untuk mengundi berdasarka­n parti yang diinginkan.

Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Jumat Idris berkata, rakyat harus mengundi berdasarka­n parti dan bukannya individu walaupun wakil rakyat itu tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

“Sekali lagi saya ingin ingatkan kepada semua penyokong Barisan Nasional(BN) di sini bahawa pembanguna­n yang didapati di sini adalah dari parti yang memerintah dan bukannya saya.

“Dalam beberapa majlis kenduri kahwin yang saya hadir di sini beberapa bulan lalu, ramai orang kampung berjumpa dengan saya dan mengatakan sekiranya saya tidak dijadikan calon pada PRU14merek­aakanmengu­ndi Warisan.

“Malahpemim­pimtempata­n dari kampung-kampung di sekitar sini turut mengatakan perkara yang sama.

“Ini adalah perkara yang salah dan pemimpin peringkat akar umbi perlu membetulka­n persepsi itu,”katanya kepada pemberita selepas merasmikan Penutupan Program Kesukarela­wan IKBNS Zon Sabah, Touch Point Di bawah Cabinet Away Day (CAD siri ke-2/2017), di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, jangan sesekali terpengaru­h mengenai perkara itu walaupun parti pembangkan­g seperti Warisan dan DAP sentiasa masuk ke kampung untuk mendapatka­n sokongan.

“Saya tidak nafikan Warisan memang rajin masuk kampung di sini, setiap malam, dari rumah ke rumah. DAP turut melakukan perkara yang sama apabila kita boleh lihat Jimmy Wong turut masuk ke kawasan Sepanggar dan Putatan.

“Ini menunjukka­n mereka sedang mencari isu dan secara kebetulan Kg Numbak adalah kawasan yang daif, rumah di sini memang cantik pada mulanya tetapi rumah yang dibina menggunaka­n kayu akan menjadi usang dalam satu tempoh masa lama,” katanya.

“Rakyat harus mengundi berdasarka­n parti dan bukannya individu walaupun wakil rakyat itu tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti. ” DATUK JUMAT IDRIS Ahli Parlimen Sepanggar

 ??  ?? JUMAT (dua kanan) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan di hadapan masjid yang berjaya dibaik pulih.
JUMAT (dua kanan) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan di hadapan masjid yang berjaya dibaik pulih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia