Utusan Borneo (Sabah)

8 bintang Gegar Vaganza 4 nyanyi lagu popular malam ini

-

KONSERT Gegar Vaganza Musim 4 (GV4) minggu lepas adalah malam yang paling emosi dalam sejarah penganjura­n program realiti itu apabila Elyana yang diumumkan tersingkir mendedahka­n yang beliau merupakan seorang pesakit kanser tahap empat.

Elyana yang menyanyika­n lagu ‘Sepi’ yang dipopulark­an oleh Yuni Shara, mendapat markah terendah berbanding peserta lain selepas dinilai oleh juri profesiona­l.

Ketika memberi ucapan terakhir beliau turut memberi semangat kepada individu lain yang mempunyai penyakit yang sama agar kuat dalam menempuh ujian itu.

Perserta yang mara ke minggu peringkat suku akhir pada malam ini ialah Liza Hanim, Firman, Hazami, Lan, Tia Jinbara, Aishah, Syura dan Aqasha.

Cabaran konsert di minggu suku akhir yang bertemakan Jangan Kata Tak Tahu malam ini bakal menyaksika­n bintang-bintang GV4 mendendang­kan lagulagu yang sedang popular pada waktu ini dan pernah popular suatu ketika dahulu.

Untuk pusingan ini, Aisyah akan menyanyika­n lagu ‘Tergantung Sepi’ oleh Haqiem Rusli, Hazami menyanyika­n lagu ‘Jampi’ (Hael Husairi), Firman dengan lagu ‘Terakhir’ (Sufian Suhaimi), Liza Hanim dengan ‘Warkah Untukku’ (Ara Johari), Lan dengan ‘Pahit Akan Manis Akhirnya’ (Ukays), Syura dengan ‘Kau Tetap Dalam Anganku’ (Azie),

Aqasha dengan ‘That’s Why You Go Away’ (Michael Learns To Rock) dan Tia Jinbara lagu ‘Bayang’ (Khai Bahar).

Konsert mingguan GV4 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse akan dipancarka­n secara eksklusif dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) serta boleh dinikmati juga di aplikasi Astro GO dan perkhidmat­an ‘on demand’ untuk lebih fleksibel.

Masih mengekalka­n format asal, nasib para bintang diadili sepenuhnya berdasarka­n sistem pemarkahan 100 peratus oleh pihak juri yang telah dipertangg­ungjawabka­n untuk menilai persembaha­n berdasarka­n kriteria yang telah ditetapkan.

Juara GV4 bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro serta hadiah sampingan lain manakala naib juara pula bakal memenangi wang tunai RM50,000 dan trofi.

Pemenang tempat ketiga, keempat, kelima dan keenam pula masingmasi­ng akan memenangi wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi dan hadiah sampingan setiap seorang.

Cabaran konsert di minggu suku akhir yang bertemakan Jangan Kata Tak Tahu malam ini bakal menyaksika­n bintangbin­tang GV4 mendendang­kan lagu-lagu yang sedang popular pada waktu ini dan pernah popular suatu ketika dahulu.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MALAM ini Liza Hanim akan menyanyika­n lagu ‘Warkah Untukku’ (Ara Johari). AISYAH akan menyanyika­n lagu ‘Tergantung Sepi’ oleh Haqiem Rusli malam ini.
MALAM ini Liza Hanim akan menyanyika­n lagu ‘Warkah Untukku’ (Ara Johari). AISYAH akan menyanyika­n lagu ‘Tergantung Sepi’ oleh Haqiem Rusli malam ini.
 ??  ?? ELYANA yang diumumkan tersingkir mendedahka­n yang beliau merupakan seorang pesakit kanser tahap empat.
ELYANA yang diumumkan tersingkir mendedahka­n yang beliau merupakan seorang pesakit kanser tahap empat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia