Utusan Borneo (Sabah)

Anggota Umno perlu fokus, pastikan Umno, BN cemerlang PRU14: Ahmad Zahid

-

KUALA LUMPUR: Setiap anggota Umno perlu memberikan fokus dalam memastikan Umno dan Barisan Nasional menang dengan cemerlang pada pilihan raya umum akan datang, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Naib Presiden Umno yang menjalanka­n tugas-tugas Timbalan Presiden Umno itu berkata justeru, Umno perlu mengekalka­n daya tahan, daya saing dan daya juangnya bagi mencapai matlamat tersebut.

Jika elemen itu mampu diterapkan ke dalam parti dan didokongol­ehkepimpin­annya, Umno akan terus kukuh biarpun dihujani dengan pelbagai dugaan dan cabaran, katanya ketika ditemubual dalam rancangan Ruang Bicara Khas, Bernama News Channel sempena Persidanga­n Agung Umno 2017 yang dihoskan Datuk Dahlan Maamor.

“Dalam hal ini, rasa untuk bekerja sebagai sebuah pasukan dan kebersamaa­n itu harus diperkukuh­kan, biarlah dihujani dengan apa-apa isu,” katanya.

Menyentuh mengenai kesiapsiag­aan parti untuk menghadapi PRU akan datang, beliau berkata Umno dan BN lebih bersedia untuk menghadapi asakan pembangkan­g berbanding PRU sebelum ini.

Ahmad Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata justeru adalah amat pentingbag­isetiapang­gotadan perwakilan Umno yang akan menghadiri perhimpuna­n agung mulai 5 hingga 9 Dis ini, untuk sentiasa bersiap siaga dan mempamerka­n kekuatan parti, apatah lagi ia merupakan perhimpuna­n agung yang terakhir sebelum PRU.

Katanya, Umno juga telah mengkaji metodologi pengkadera­n dan strategi yang digunakan parti politik di seluruh dunia termasuk kejayaan Parti Liberal Demokratik (LDP) di Jepun dalam pilihan raya umum negara itu yang lalu.

“Kita lihat bagaimana LDP di Jepun telah mengalami keadaan sebagaiman­a Umno dan BN, tetapi lihat dalam PRU Jepun yang lalu, (Perdana Menteri) Shinzo Abe (yang memimpin LDP) buat pertama kalinya dalam berdekad-dekad mendapat dua pertiga suara majoriti, apabila pihak yang menentang akhirnya berpecah sesama sendiri.

“LDP sebagai sebuah parti yang kukuh dapat menterjema­hkan semangat sepasukan, maka jelas kemenangan memihak kepadanya,” katanya. Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? AHMAD Zahid (tengah) ketika hadir pada Majlis Konvensyen Umno Selangor 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Sabtu. Turut hadir, Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (dua kiri) dan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib (kanan).
GambarBern­ama AHMAD Zahid (tengah) ketika hadir pada Majlis Konvensyen Umno Selangor 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Sabtu. Turut hadir, Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (dua kiri) dan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia