Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan mengalu-alukan SLS di Sabah

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mengalualu­kan penubuhan Pertubuhan Undang-Undang Sabah (SLS) yang memberi pengiktira­fan kepada autonomi profesion undangunda­ng di Sabah.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman berkata ia juga penting kerana penubuhan badan berkanun untuk mengawal selia semua peguam di Sabah selaras dengan Perlembaga­an seperti yang dinyatakan di dalam Laporan Jawatankua­sa Antara-Kerajaan (IGC).

“Persatuan UndangUnda­ng Sabah (SLA) telah bertahun-tahun terlibat dengan Jabatan Peguam Negara dan terpaksa mengatasi banyak halangan untuk memastikan Akta Ordinan Peguam Bela (Sabah) (Pindaan) 2017 diluluskan oleh Kabinet Persekutua­n sehingga diluluskan oleh Dewan Rakyat serta Dewan Negara tahun lepas.

“Akta Ordinan Peguam Bela (Sabah) (Pindaan) 2016 telah diwartakan pada 30 Mac tahun ini dan berkuatkua­sa pada Julai.

“SLA berhak mendapat pujian dan pengiktira­fan atas ketabahan mereka dalam melibatkan diri dengan semua pihak berkepenti­ngan yang diperlukan untuk membawa pindaan ini berhasil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pejabat baharu SLS di sini pada Sabtu.

Teks ucapannya dibacakan oleh Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Musa berkata usaha jawatankua­sa Eksekutif SLS terkini dan terdahulu serta ahli-ahli Majlis Peguam Sabah (Bar) telah menyumbang untuk menjadikan SLS menjadi realiti.

Tambahnya untuk mencapai matlamat berkenaan, peguam memainkan peranan sebagai penggerak negeri maju ke hadapan.

Turut hadir, Presiden SLS Brenndon Keith Soh.

 ??  ?? BRENNDON (kanan) menyampaik­an cenderaken­angan kepada Jainab pada majlis itu.
BRENNDON (kanan) menyampaik­an cenderaken­angan kepada Jainab pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia