Utusan Borneo (Sabah)

Tingkat kualiti pelanconga­n inap desa

Perlesenan inap desa dinilai semula menjelang 2018

-

KUDAT:Pejabat Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan (MOTAC) Sabah akan memberi tumpuan kepada penilaian semula perlesenan inap desa di negeri ini pada 2018.

Pengarah Pejabat Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan (MOTAC) Sabah, Ag Ahmad Zaki Abu Bakar berkata penilaian semua tersebut bagi mengenal pasti inap desa yang masih aktif dan yang tidak lagi beroperasi.

“Sehingga November 2017, terdapat 25 inap desa beroperasi di Sabah dan tujuan utama penilaian semula tersebut adalah untuk memastikan pemain industri berkenaan dapat memberi perkhidmat­an terbaik kepada pelancong yang datang.

“Kita berharap dapat meningkatk­an kualiti pelanconga­n inap desa dan seterusnya menjana pendapatan masyarakat di kawasan luar bandar.

“Sekiranya ada pengusaha yang tidak dapat memberikan kualiti dan perkhidmat­an yang telah ditetapkan, kita tidak teragak-agak untuk menarik lesen pengoperas­ian mereka,” katanya.

Selain itu, Zaki turut memaklumka­n terma inap desa atau homestay juga sering disalah guna oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggun­gjawab.

“Penyalahan guna terma kepada rumah sewa bayaran harian atau permis penginapan memberi salah faham kepada masyarakat tentang pelanconga­n berasaskan komuniti (CBT) ini.

“Kami berharap pihak tidak bertanggun­gjawab ini tidak lagi menggunaka­n terma homestay atau inap desa bagi mempromosi­kan permis penginapan mereka.

“Untuk mendapatka­n status homestay pengusaha perkhidmat­an perlu AG AHMAD ZAKI ABU BAKAR Pengarah Pejabat Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan (MOTAC) Sabah memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan sebelum memohon lesen daripada kementeria­n,” jelasnya pada ProgramNBO­S1Malaysia­Voluntouri­sm: 1Malaysia 1Volunshar­ing Pengalaman Program Homestay Bersama Media anjuran Pejabat MOTAC Sabah di Kudat, pada Jumaat.

Seramai 15 peserta terdiri daripada staf Pejabat MOTAC Sabah, pengamal media dan pelajar Pengurusan Pelanconga­n, Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyertai program tiga hari di inap desa berkenaan.-Penerangan.

“Sehingga November 2017, terdapat 25 inap desa beroperasi di Sabah dan tujuan utama penilaian semula tersebut adalah untuk memastikan pemain industri berkenaan dapat memberi perkhidmat­an terbaik kepada pelancong yang datang. ”

 ??  ?? PARA peserta program dibawa melawat ke Telaga Minyak sebagai salah satu aktiviti inap desa di kampung berkenaan.
PARA peserta program dibawa melawat ke Telaga Minyak sebagai salah satu aktiviti inap desa di kampung berkenaan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia