Utusan Borneo (Sabah)

Kes bunuh Kampar: Polis tahan sepasang suami isteri

-

KAMPAR: Polis menahan sepasang suami isteri disyaki terlibat dalam kes bunuh seorang wanita yang ditemukan dengan kesan jerutan di leher di sebuah ladang kelapa sawit di Taman Permai, Mambang Di Awan di sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Ng Kong Soon berkata kedua-dua suspek yang berumur 46 tahun itu ditahan kira-kira 12 tengah malam Jumaat.

Ng berkata suspek lelaki tersebut ditahan di rumahnya manakala isterinya ditahan ketika dipanggil ke balai polis dan kedua-duanya kini ditahan reman sehingga 7 Dis bermula hari ini.

“Setakat ini, siasatan awal mendapati suspek lelaki tersebut merupakan kekasih kepada mangsa.

“Bagaimanap­un, kami masih lagi menyiasat motif sebenar pembunuhan tersebut dan kami yakin dapat mencari senjata yang digunakan dalam kesinidala­mtempohter­dekat,” katanya dalam kenyataan media pada Sabtu.

Ng berkata hasil bedah siasat keatasmang­samendapat­ipunca kematian adalah disebabkan kesan objek tumpul yang dipukul secara bertubi-tubi di bahagian kepala.

“Berlaku pergelutan antara suspek dan mangsa sebelum kejadian. Hasil bedah siasat ke atas mangsa juga mendapati dia tidak dirogol,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

S. Letchumi, 28, dari Bandar Baru Kampar, ditemukan dalam keadaan terlentang oleh seorang lelaki berusia 60 tahun yang datang ke ladang itu untuk mencari cendawan pada kirakira 1 tengah hari semalam dan dipercayai dibunuh kurang daripada tempoh 24 jam.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia