Utusan Borneo (Sabah)

Terus kuat walau berkali usaha ‘mentalkink­an’ Umno dilakukan

-

KUALA LUMPUR: Umno terus wujud dan kuat walaupun acap kali usaha ‘mentalkink­an’ parti itu dilakukan, khususnya melalui serangan yang berpusat kepada kepimpinan parti, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Naib Presiden Umno yang menjalanka­n tugas-tugas Timbalan Presiden Umno itu berkata tokoh utama Umno dijadikan ‘tarikan graviti’ yang ‘disimbah’ dengan pelbagai fitnah dan tohmahan bagi membunuh perwatakan dan menghilang­kan kebolehper­cayaan rakyat, biar pun pemimpin itu mempunyai trek rekod yang baik serta bersih.

Namun jelasnya, Umno terus utuh kerana kepimpinan parti itu memperjuan­gkan agenda inklusif meliputi pelbagai kaum, agama dan bangsa meskipun keindukan perjuangan Umno yang berpaksika­n orang Melayu dan kesyumulan Islam.

“Pentalkina­n ini saya khuatir akan berlaku pada satu pihak lain (pembangkan­g) dan kita tahu telah acap kali usaha untuk mentalkink­an Umno ini dilakukan, hasilnya dengan usaha keras, doa dan takdir Allah, Umno masih wujud bukan hanya dalam bentuk ‘horizontal’ tetapi ‘vertical’ sehingga pemerkasaa­n Umno itu dapat dirasakan. Malah dalam keadaan begini, Umno terus menjadi tulang belakang kepada komposisi Barisan Nasional (BN),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual dalam rancangan Ruang Bicara Khas terbitan Bernama News Channel sempena Persidanga­n Agung Umno 2017, dihoskan Datuk Dahlan Maamor.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata serangan itu tetap akan berulang dengan jalan cerita yang berbezakhu­susnyamenj­elangPilih­an Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata ia diburukkan lagi dengantudu­handilempa­rkanmelalu­i dalam talian yang menjadi sumber maklumat khalayak berbanding media konvension­al, sehingga mengaburi pandangan rakyat.

“Kita lihat sistem komunikasi telah berbeda. Dahulu ada surat layang dan selepas itu ada buku layang dan sekarang ini tidak perlu ada surat dan buku layang. Ia terdedah menerusi media dalam talian yang etika jurnalisme tidak lagi menjadi keutamaan biarpun portal itu adalah portal berita. Apatah lagi penggempur siber yang bukan hanya menghujani tetapi meributkan suasana dengan badai yang membawa tompok awan hitam bagi mengaburi pandangan dan objektif daripada khalayak,” katanya.

Katanya, sudah menjadi lumrah sesuatu keburukan itu umpamanya isu berkaitan pemimpin mudah diterima masyarakat manakala sesuatu kebenaran pula jarang dapat diterima.

“Berita paslu adalah kaedah baharu kerana dunia tanpa sempadan, langit semakin terbuka dan dunia telah disejagatk­an...ini adalah gelombang yang tidak boleh kita elak, tetapi saya menyeru kepada diri saya dan kita semua bahawa Allah SWT telah memberikan kita fikiran, maka berfikirla­h dengan sebaik-baiknya,” jelasnya.

Bagaimanap­un Zahid berkata parti tunjang BN itu cukup bertuah kerana mempunyai presiden dan perdana menteri yang mempunyai daya tahan luar biasa serta boleh menjadi ikutan kepada semua anggota parti.Bernama

 ??  ?? AHMAD ZAHID
AHMAD ZAHID

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia