Utusan Borneo (Sabah)

Kemaskini pembanguna­n Kuala Perlis disambung semula

-

ARAU: Projek mega pembanguna­n Kuala Perlis syarikat Kumpulan Tabung Haji Properties (THP) akan disambung semula sebaik urusan melantik kontraktor baharu selesai dalam masa terdekat.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata projek tersebut yang dijadualka­n bermula pada pertengaha­n tahun ini tergendala kerana kontraktor yang dilantik menghadapi masalah.

“Saya dimaklumka­n pelantikan kontraktor baharu hampir selesai dan kerja-kerja pecah tanah akan dilaksanak­an tidak lama lagi,” katanya kepada Bernama semasa ditemui selepas melancarka­n Gotong-Royong Mega Bersepadu Perangi Aedes Siri 2 Kebangsaan peringkat negeri, di sini pada Sabtu.

Projek usahasama Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) dengan THP atas tapak tebus guna pantai Kuala Perlis bernilai RM311.4 juta dirancang dibangunka­n dalam tiga fasa selama tujuh tahun.

Pembanguna­n itu membabitka­n pembinaan kompleks beli-belah, hotel 24 tingkat bertaraf tiga bintang, pangsapuri 36 tingkat, kompleks kedai dan pejabat serta kompleks letak kereta bertingkat.

“Projek ini (tempat letak kereta bertingkat) walaupun tidak dapat memenuhi sepenuhnya permintaan pemilik kenderaan terutama pelancong yang ke Langkawi melalui Kuala Perlis, namun keperluan mereka tetap diutamakan,” kata Azlan.

Beliau berkata kerajaan negeri sentiasa mengambil tahu keperluan pelancong yang memerlukan tempat selamat untuk meletak kenderaan mereka bagi meneruskan perjalanan ke Langkawi.

“Kementeria­n Pelanconga­n meluluskan RM20 juta bagi membina kompleks letak kereta bertingkat pada 2013 tetapi Unit Perancang Ekonomi (EPU), JabatanPer­danaMenter­i,setelah membuat kajian semula projek itu, menarik balik peruntukan tersebut pada 2014,” katanya.

Kerajaan negeri melihat peluang tersebut dan berusaha mendapatka­n pihak swasta untuk membina kompleks bertingkat meletak kereta dan THP telah menyahut seruan itu kerana melihat keperluan dalam jangka masa panjang.

Katanya bayaran yang dikutip akan digunakan bagi mengurus kompleks tersebut seperti penyelengg­araan, pemelihara­an bangunan dan sistem meletak kereta.

Mengenai Kuala Perlis yang akan sesak pada musim cuti, Azlan berkata kerajaan negeri menyedari masalah tersebut dan membenarka­n tapak projek PKENPs yang belum dibangunka­n dijadikan tempat sementara meletak kenderaan pelancong.

“Saya berharap orang ramai dan pengusaha letak kereta persendiri­an lebih bertanggun­gjawab dan tidak meninggalk­an kenderaan mereka di tempat yang tidak dibenarkan kerana menghalang jalan,” katanya.

Terdahulu, beliau yang juga menteri besar ketika berucap melancarka­n gotong-royong berkata rakyat seharusnya hidup dalam persekitar­an yang bersih dan selamat daripada ancaman nyamuk aedes.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia