Utusan Borneo (Sabah)

15 juta layari portal ‘sebenarnya.my’

-

BUKIT MERTAJAM: Biarpun baru tujuh bulan dilancarka­n selepas diperkenal­kan pada Mei lalu, portal ‘sebenarnya. my’ kelolaan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menjadi antara portal yang popular apabila jumlah layarannya kini mencecah lebih 15 juta.

Ketua Pegawai Operasi SKMM Datuk Dr Mazlan Ismail berkata portal yang diwujudkan bertujuan menyediaka­nsatupusat­sehenti kepada orang ramai untuk menyemak serta mendapatka­n pengesahan berikutan penularan berita palsu yang semakin berleluasa ketika ini itu mendapat sambutan yang sangat mengalakka­n.

“Menggunaka­n cogan kata ‘Tidak Pasti, Jangan Kongsi’, portal itu menerima jumlah layaran dua juta setiap bulan dan sebagai portal yang baharu iasesuatuy­angmembang­gakan dan menunjukka­n sambutan mengalakka­n kerana masyarakat menerima baik serta mahukan berita yang sahih.

“SKMM bangunkan portal itu kerana kebangkita­n teknologi, kepantasan mesej, video dan gambar yang ditular adalah hakikat dan cabaran yang harus ditempuhi dalam menangani budaya tular palsu bagi mengelakka­n ia menjadi lebih parah dalam masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sebenarnya.My di Sekolah Kebangsaan Guar Perahu, di sini hari ini.

Pada karnival itu pelbagai aktiviti diadakan antaranya Fun Run ‘Berita Palsu Musuh Negara’, sukan rakyat, pameran SKMM, pemeriksaa­n kesihatan dan majlis bicara perdana.

Mazlan berkata menggunaka­n sumber dan kepakaran yang ada, usaha yang dijalankan oleh SKMM menerusi platform sebenarnya.my adalah untuk menjelaska­n kesahihan maklumat yang tular kepada orang ramai menerusi pengesahan yang dibuat oleh 21 kementeria­n termasuk agensi berkaitan.

Katanya portal itu juga membuktika­n kerajaan amat memandang serius terhadap penularan berita palsu yang bukan saja menjadi masalah baharu kepada Malaysia malah juga di seluruh dunia.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia