Utusan Borneo (Sabah)

Segulung ijazah sekadar tiket

Graduan perlu terus lengkapkan diri dalam pelbagai cabang ilmu

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Tanggapan bahawa dengan memperoleh kepujian akademik sahaja mampu menjadikan seseorang graduan itu memiliki pengetahua­n luas perlulah dikikis.

Pengarah Eksekutif Institut Usahawan Muda (IUM) Mejar (K) Dr Zhamriee Ibni Gulam Rasul berkata, andaian sedemikian hanya akan menjadikan seseorang itu penat untuk mentransfo­rmasi diri dari semasa ke semasa.

“Sebaliknya, pelajar mestilah bijak membuat perancanga­n mengenai laluan akademik dan kemahiran suatu kerjaya pada masa hadapan.

“Dalam konteks ini, pendidik dan ibu bapa juga perlu memainkan peranan bagi membantu pelapis negara ini menentukan laluan yang akan mereka pilih selepas tamat pengajian,” katanya ketika berucap pada Majlis Graduasi Institut Usahawan Muda (IUM) kali kelima, di sini Sabtu.

Penyampaia­n sijil tamat pengajian disampaika­n oleh Presiden Angkasa Sabah Datuk Noraini Salleh kepada 11 graduan peringkat sijil dan Diploma termasukla­h penyerahan sijil tamat latihan industri serta penganuger­ahan khidmat bakti.

Jelas Zhamriee lagi, memperoleh segulung ijazah dan diploma adalah sekadar tiket yang mewakili pencapaian seorang pelajar dalam bidang yang diceburi.

Katanya, kelayakan itu hanya memberi sedikit nilai tambah, dan graduan perlulah terus melengkapk­an diri dalam pelbagai cabang ilmu bagi membentuk individu yang berjaya.

Sementara itu, Noraini yakin bahawa sepanjang tempoh pengajian di IUM, ia sudah sedikit sebanyak merubah perspektif dan paradigma graduan dalam menghadapi hidup bekerjaya.

Selain itu, beliau juga sempat menasihatk­an graduan supaya tidak mengharapk­an tawaran pekerjaan semata- mata.

“Saya percaya dan yakin bahawadeng­anpengalam­andan ilmu yang diperoleh di institut ini, graduan akan mampu berdikari dan melakukan perniagaan sendiri.

“Percayalah, perniagaan boleh mendatangk­an pendapatan lumayan jika sesuatu projek itu diurus secara cekap dan berkesan,” katanya.

“Pelajar mestilah bijak membuat perancanga­n mengenai laluan akademik dan kemahiran suatu kerjaya pada masa ” hadapan DR ZHAMRIEE IBNI GULAM RASUL

Pengarah Eksekutif Institut Usahawan Muda (IUM) Mejar (K)

 ??  ?? NORAINI (kiri) menyampaik­an sijil tamat pengajian kepada salah seorang graduan yang diraikan pada majlis berkenaan. Turut kelihatan Zhamriee (tengah).
NORAINI (kiri) menyampaik­an sijil tamat pengajian kepada salah seorang graduan yang diraikan pada majlis berkenaan. Turut kelihatan Zhamriee (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia