Utusan Borneo (Sabah)

Tidak perlu debat MA63, S’wak ada pandangan sendiri

Cabaran Pandikar tidak perlu diperbesar

-

KUCHING: “Apa perlu debat-debat... sik boh panjang cerita (Untuk apa berdebat? Tak payah panjang cerita).

“Biarkan... kita ada pandangan kita sendiri,” kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika diminta mengulas mengenai cabaran Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Abang Johari berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis Kesyukuran dan Zikir Maulid sempena Sambutan Maulidur Rasul yang dihadiri oleh Pemangku Yang di-Pertua Negeri Tan Sri Datuk Amar Bujang Mohd Nor di Masjid Jamek Negeri di sini, malam Khamis.

Beliaumene­gaskan,perkara itu tidak perlu diperbesar­besarkan kerana Sarawak mempunyai pandangan sendiri dalam perjanjian itu.

“Saya hanya mahu meneruskan perjuangan bekas Ketua Menteri kelima kita, Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem yang mahukan hak-hak Sarawak dalam MA63 dikembalik­an,” katanya.

Baru-baru ini, Pandikar dilaporkan mencabar manamana pihak termasuk Abang Johari berdebat secara terbuka berhubung isu MA63.

Pandikar berkata, pihak terbabit hanya perlu menamakan masa dan tempat bagi sesi debat itu.

Menurutnya, beliau sedia untuk hadir bila-bila masa terutama bagi menjelaska­n fakta berhubung MA63 yang diputar belit sesetengah pihak.

Sementara itu, majlis pada Khamis bermula jam 5.30 petang didahului tazkirah khas.

Ia disusuli solat Maghrib berjemaah,bacaansura­hYasin dan tahlil, zikir marhaban, solat Isyak berjemaah dan jamuan.

Lebih 500 umat Islam di sekitar bandar raya Kuching menyertai majlis itu dengan tujuan untuk memperinga­ti kembali peristiwa kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Hadir sama, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha.

“Saya hanya mahu meneruskan perjuangan bekas Ketua Menteri kelima kita, Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem yang mahukan hak-hak Sarawak dalam MA63 dikembalik­an.” DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN OPENG Ketua Menteri

 ??  ?? BUJANG bersama Abang Johari berangkat pulang sambil diiringi Fadillah dan Dr Abdul Rahman Junaidi selepas majlis Kesyukuran dan Zikir Maulid di Masjid Jamek Negeri, Kuching.
BUJANG bersama Abang Johari berangkat pulang sambil diiringi Fadillah dan Dr Abdul Rahman Junaidi selepas majlis Kesyukuran dan Zikir Maulid di Masjid Jamek Negeri, Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia