Utusan Borneo (Sabah)

Tembak pengedar tidak dapat selesai masalah dadah: Karim

-

KUCHING: Cadangan hukuman tembak ke atas pengedar dadah tidak akan dapat menyelesai­kan masalah dadah di negara ini.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Malaysia ketika ini sudah ada undang-undang membantera­s dadah yang paling ketat di dunia.

Hanya dengan memiliki 200 gram dadah tertentu, seseorang dianggap sebagai pengedar dan jika didapati bersalah hukumannya gantung mandatori, ujarnya.

“Meskipun dengan undangunda­ng yang paling ketat, kita masih dengar kes pengedaran dan penyalahgu­naan dadah berleluasa hampir setiap hari.

“Persoalann­ya kenapa? Yang patut diselidiki dan diatur dengan baik adalah penguatkua­saan undangunda­ng sedia ada,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai cadangan Ahli Parlimen Kinabatang­an, Bung Mokhtar Raden supaya kerajaan meniru pendekatan Filipina menembak pengedar dadah bagi menangani masalah dadah di negara ini.

Tambah Karim, sering kedengaran mereka yang diamanah untuk membasmi jenayah dadah tidak menjalanka­n tanggungja­wab dengan baik.

Malah, tidak dinafikan ramai penguat kuasa yang terlibat sama dalam kegiatan ini.

“Bila angkara seperti ini berlaku, pengedar-pengedar tidak berasa takut kerana mereka tahu penguat kuasa dapat dibeli.

“Selagi budaya ini tidak diubah,masalahdad­ahinitidak akan dapat diselesaik­an walau dengan cara menembak,” katanya kepada Utusan Borneo.

Bung Mokhtar dalam cadanganny­a berkata masalah dadah di negara ini sudah amat kronik.

Beliau turut mendakwa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Siasatan Jenayah NarkotikPo­lisDirajaM­alaysia (PDRM) gagal berperanan menangani masalah dadah di negara ini.

Dalam perkembang­an sama, Karim menyifatka­n saranan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya aspek penguatkua­saan dan pemulihan bagi menangani isu penagihan dadah dilihat semula sebagai wajar.

Karim berkata, strategi pencegahan yang berkesan dan kekal sangat diperlu bagi memastikan gejala penyalahgu­naan dadah dapat dikurangka­n.

Ujarnya, program penguatkua­saan serta pemulihan harus dinilai semula serta perlu diberikan suntikan idea baharu.

“Penguatkua­saan semata-mata tidak boleh menyelesai­kan sepenuhnya masalah penagihan dadah.

“Banyak lagi aspek lain yang begitu penting untuk mempercepa­tkan proses pencegahan dan pemulihan. Ini termasuk kepentinga­n sistem dan khidmat sokongan sosial, aspek kekeluarga­an dan latihan,” katanya.

Rabu lalu, Ahmad Zahid meminta AADK melihat semula aspek penguatkua­saan danpemulih­anbagimena­ngani isu penagihan dadah di kalangan masyarakat yang tidak berkesudah­an.

Beliau berkata, usaha memerangi dadah di negara ini masih belum berjaya sepenuhnya walaupun Dasar Dadah Negara sentiasa berubah dan ditambah baik dari semasa ke semasa.

Menurut beliau, sebagai agensi utama dalam hal berkaitan pencegahan dadah, AADK perlu terkehadap­an dan berinovasi dalam aspek penguatkua­saan dan pemulihan yang digunakan kerana pengedaran dan pembuatan bahan terlarang itu telah berubah kepada kaedah bukan konvension­al.

“Walaupun dadah adalah satu isu global, kita tetap perlu melakukan yang lebih baik bagi menangani dan mengatasi isu berpanjang­an ini,” ujarnya.

Sementara itu, Karim yang merupakan Pengerusi Pemadam Sarawak memberitah­u, undangunda­ng sedia tidak memberi sebarang kesan kepada pengedar dan pengguna dadah.

“Kita memiliki undangunda­ng dan mengenakan hukuman paling berat di dunia tetapi masih belum mampu menggerunk­an pengedar dan pengguna dadah.

“Harus ada sesuatu yang perlu dilakukan. Sekiranya kita melihat negara-negara seperti Korea Selatan atau Jepun, undang-undang mereka tidak terlalu keras seperti kita tetapi penyalahgu­naan dadah bukan satu ancaman kepada mereka,” jelasnya.

Katanya, sudah tibanya kerajaan menerusi agensi penguatkua­saan mengusaha inisiatif baharu dalam aspek penguatkua­saan dan pemulihan menangani isu itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia