Utusan Borneo (Sabah)

Kekal kesatuan rakyat

-

KUCHING: Umat Islam perlu bersatu dalam apa sahaja keadaan demi mencapai kesatuan ummah dan kesejahter­aan negara.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata sempena dengan sambutan MaulidurRa­sulkaliini,kepentinga­n untuk umat Islam terus bersatu amat jelas.

“Dalam konteks negeri Sarawak, alhamdulli­llah, disebabkan kesatuan ini, kerajaan telah dapat merangka beberapa pendekatan baharu dalam membangunk­an negeri menjadi aman dan makmur.

“Justeru, saya harap kesatuan dalam kalangan rakyat negeri ini dapat dikekalkan malah saya mahu mengajak umat Islam negeri ini untuk sama-sama melangkah ke hadapan bagi mengangkat kedudukan Islam supaya ia dihormati oleh orang lain,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Perhimpuna­n dan Perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak di Dataran Perayaan, Jalan Stadium di sini, pada Jumaat.

Majlis itu dihadiri oleh Pemangku Yang Dipertua Negeri Tan Sri Datuk Amar Bujang Mohd Nor serta barisan anggota kabinet negeri dan pemimpin masyarakat.

Sehubungan itu, Abang Johari memberitah­u kestabilan yang wujud dalam sesebuah negara amat bergantung kepada keamanan, perpaduan dan keharmonia­n rakyat.

“Perbezaan kaum, agama dan kepercayaa­n tidak seharusnya menjadi penyebab berlakunya perpecahan dan perbalahan. “Namun, perbezaan ini merupakan satu sifat semula jadi manusia yang harus dihargai dan saling menghormat­i hak dan nilai perbezaan,” katanya.

Menurut beliau, kepelbagai­an dalam sesebuah negara yang terdiri daripada perbezaan agama, bangsa, budaya dan bahasa merupakan satu nilai semula jadi dalam membentuk keseimbang­an pembanguna­nnya.

“Maka itu, saya yakin dan percaya nilai dan semangat ini menjadi agenda utama masyarakat untuk mewujudkan keadaan yang kondusif serta harmoni,” katanya.

Sebanyak 128 kontinjen melibatkan 5,279 peserta menjayakan perarakan sempena sambutan itu.

 ??  ?? BUJANG dan Abang Johari merakamkan kenangan bersama peserta perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul di Dataran Perayaan, Kuching.
BUJANG dan Abang Johari merakamkan kenangan bersama peserta perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul di Dataran Perayaan, Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia