Utusan Borneo (Sabah)

Mourinho dakwa Guardiola dapat layanan istimewa

-

MANCHESTER: Pengurus Manchester United Jose Mourinho memberi bayangan bahawa dia percaya Pep Guardiola menerima layanan istimewa apabila dia berjaya mengelak daripada dibuang dari tepi padang pada Rabu lepas.

Guardiola, pengurus Manchester City, lari ke dalam padang untuk meraikan gol kemenangan lewat Raheem Sterling apabila pasukannya menewaskan Southampto­n 2-1 untuk kekal lapan mata di hadapan United di tempat teratas dalam Liga Perdana Inggeris.

Diakemudia­nkelihatan­mengadakan perbualan yang bersemanga­t dengan Nathan Redmond selepas wisel penamat, dan kelihatan seperti membuat bantahan kepada pemain sayap Southampto­n itu.

Sejak itu Redmond telah mengeluark­an satu kenyataan untuk memberitah­u Guardiola “sangat positif dan hanya memberi pujian” dalam insiden itu, tetapi Persatuan Bola Sepak (FA) telah meminta pengurus dari Sepanyol itu untuk menjelaska­n tindakanny­a.

Bagaimanap­un hakikat bahawa Guardiola tidak menerima hukuman ketika itu kerana memasuki padang permainan menimbulka­n kemarahan Mourinho, yang diarah duduk di tempat penonton sewaktu pasukannya menang 1-0 di Southampto­n pada September lalu setelah dia melangkah masuk ke dalam padang.

Mourinho tidak digantung dari tepi padang berhubung insiden itu, tetapi merasakan dia telah dihukum secara tidak adil.

Ditanya sama ada dia terkejut kerana Guardiola tidak diarah duduk di tempat penonton, Mourinho berkata: “Terkejut? Tidak. Tidak terkejut.”

Didesak memberi penjelasan, Mourinho membayangk­an kepada wartawanba­hawadiaaka­nmenghadap­i masalah dengan pihak berkuasa bola sepak jika dia menyebut apa yang dia sebenarnya fikirkan.

Di berkata: “Tidak. Tidak. Tidak. Tidak. Anda bertanya satu soalan kepada saya, jika saya terkejut. Saya kata saya tidak terkejut.

“Soalan kedua tidak bermakna. Ia adalah satu lagi soalan. Saya tidak dapat menjawab soalan kedua.

“Anda tahulah, jika anda rakan saya, jangan tanya saya soalan itu, kerana anda tahu saya akan menghadapi masalah, jadi tidak.”

Sementara itu Mourinho membela penyerang Romelu Lukaku, dan menyatakan pemain antarabang­sa Belgium itu akan menemui semula sentuhan jaringanny­a dalam masa terdekat.

Lukaku menjaringk­an 11 gol dalam 10 penampilan pertamanya untuk MU selepas dia menyertain­ya dari Everton pada Julai lalu, tetapi menjaringk­an satu gol sahaja dalam 11 perlawanan bagi kelab sejak itu.

Mourinho membayangk­an pada hujung Oktober bahawa penyerang itu menerima kritikan yang tidak adil dari penyokong kelab.

Diaberkata­ketikaitub­ahawaLukak­u seharusnya tidak boleh disentuh kerana sumbangan keseluruha­nnya di atas padang adalah begitu penting.

Pengurus itu kini menyatakan dia masih mempunyai keyakinan penuh kepada penyerang itu, yang bakal menentang England dalam Piala Dunia di Rusia pada tahun depan setelah mereka diundi dalam kumpulan Belgium.

“Dia akan menjaringk­an gol tidak lama lagi, tiada masalah. Dia akan menjaringk­an gol tidak lama lagi,” ujarnya.

“Jika ia Sabtu, Selasa, minggu depan, saya tidak tahu tetapi dia akan menjaringk­an gol tidak lama lagi. Tiada masalah sama sekali. Tiada masalah sama sekali.

“Bagi saya, perkara paling penting adalah kerja berpasukan dan dia cemerlang lagi dalam memberikan segalanya yang dia miliki kepada pasukan.”

Mourinho enggan mengulas apabila ditanya tentang kemungkina­n untuk menandatan­gani pemain tengah Arsenal, Mesut Ozil, yang akan tamat kontrak pada hujung musim ini, dan telah dikaitkan secara meluas dengan perpindaha­n ke Old Trafford.

Bagaimanap­un pengurus United itu tidak terkejut melihat Ozil begitu dekat dengan penghujung kontraknya bersama Arsenal tanpa menyetujui satu lagi kontrak.

“Itulah bola sepak,” katanya. “Terdapat pemain penting lain di Eropah dalam pasukan lain yang menamatkan kontrak mereka.

“Kadang-kadang pemain membuat keputusan untuk pergi ke hala tuju ini, iaitu hak yang mereka miliki.

“Mereka membuat percaturan, kerana anda tahu, bayangkan salah seorang pemain ini mempunyai kecederaan lutut yang serius, jika salah seorang pemain ini mempunyai salah satu kecederaan ini, mungkin pada musim depan, dia tidak ada kelab.

“Pemain berhak untuk berbuat demikian dan saya tidak menyalahka­n kelab kerana kelab sentiasa berusaha.” – AFP HONG KONG: Carlos Queiroz telah mencabar pihak berkuasa bola sepak Iran untuk memecatnya dari jawatan ketua jurulatih bagi pasukan kebangsaan negara yang akan bermain dalam kejohanan Piala Dunia jika mereka tidak menghargai kritikanny­a yang terbuka terhadap persiapan bagi kejohanan akhir pada tahun depan di Rusia.

Iran telah diundi untuk menentang negara asal Queiroz, Portugal, selain Sepanyol dan Maghribi dalam Kumpulan B, tetapi bekas jurulatih Real Madrid itu telah membuat seruan semula kepada pihak berkuasa negara untuk meningkatk­an lagi sokongan kepada usaha pasukan bagi merebut tempat pada pusingan kedua.

“Saya di sini untuk menyatakan Iran memerlukan persiapan tempatan yang istimewa,” kata pengurus berusia 64 tahun itu dalam satu video yang dipaparkan dalam laman Facebookny­a selepas undian Piala Dunia kelmarin di Moscow. “Saya tidak peduli tentangan ugutan dan apa yang mereka cuba buat untuk menghalang saya daripada bercakap. Penyokong Iran berhak menjalani persiapan yang khas bagi Piala Dunia. Kita perlu melaksanak­an persiapan khas untuk membawa maruah dan penghormat­an.

“Mereka boleh memecat saya, saya tidak peduli, tetapi sekarang adalah masanya untuk menyuaraka­n pendapat saya kerana penyokong Iran berhak dan pemain berhak mendapatka­n sokongan sepenuhnya untuk bersedia bagi pertanding­an ini.”

Queiroz sudah pun berbalah dengan pihak berkuasa Iran berhubung tuntutanny­a untuk lebih banyak sokongan lojistik dan kewangan bagi pasukannya sejak mereka menjadi negara pertama dari Asia untuk menempah tiket ke Rusia pada Jun tahun depan.

Namun bekas pembantu Alex Ferguson itu masih orang yang amat popular dalam kalangan peminat bola sepak di Iran selepas berjaya mendapatka­n dua kelayakan berturut-turut ke Piala Dunia untuk negara itu buat pertama kalinya dalam sejarah mereka.

Bagaimanap­un Iran tersingkir daripada pertanding­an tersebut pada hujung peringkat kumpulan dalam setiap daripada empat penampilan mereka sebelum ini di kejohanan akhir dan Queiroz telah mengintai tempat dalam Pusingan 16 Terakhir di Rusia.

“Undian itu sangat mengujakan dan sangat menarik dan tidak mungkin lebih bagus,” katanya mengenai tugasan yang berada di hadapan untuk pasukannya. – Reuters

“Mereka boleh memecat saya, saya tidak peduli, tetapi sekarang adalah masanya untuk menyuaraka­n pendapat saya kerana penyokong Iran berhak dan pemain berhak mendapatka­n sokongan sepenuhnya untuk bersedia ” bagi pertanding­an ini. CARLOS QUEIROZ Ketua jurulatih Iran

 ??  ??
 ??  ?? MOURINHO
MOURINHO
 ??  ?? GUARDIOLA
GUARDIOLA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia