Sepanyol, Portugal berentap awal di Rusia
Juara bertahan Jerman dalam kumpulan F bersama Mexico, Sweden dan Korea Selatan
MOSCOW: Cristiano Ronaldo dan Portugal akan menentang Sepanyol dalam perlawanan paling menarik pada peringkat kumpulan Piala Dunia 2018, manakala England diundi untuk berentap dengan Belgium yang bahaya kelmarin.
Sepanyol, juara Piala Dunia 2010, kembali bertenaga di bawah Julen Lopetegui selepas mempamerkan prestasi hambar sejak beberapa tahun lalu dan dilihat sebagai pasukan untuk dielak selepas tidak hilang tempat dalam kelompok pasukan pilihan utama.
Portugal, juara bertahan Eropah, diundi untuk perlawanan tetangga Iberia dalam satu majlis gilanggemilang yang diadakan di Moscow Kremlin dan memaparkan kemunculan Presiden Rusia Vladimir Putin di sisi Presiden FIFA Gianni Infantino.
Undian itu turut menggariskan laluan potensi bagi semua pasukan ke perlawanan akhir, dan mendedahkan prospek yang begitu mengujakan seperti perlawanan suku akhir antara Sepanyol dan Argentina, dan mungkin perlawanan separuh akhir melibatkan Sepanyol menentang Jerman atau Perancis melawan Brazil.
Bagaimanapun perlawanan Sepanyol menentang Portugal adalah perlawanan awal yang amat menarik, dan ia bakal berlangsung di Sochi, pusat peranginan Laut Hitam, pada Jumaat, 15 Jun.
“Mereka juara Eropah, mereka mempunyai pemain hebat dan kita bercakap mengenai tahap tertinggi,” kata jurulatih Lopetegui kepada stesen televisyen Cuatro dari Sepanyol.
Ronaldo, bintang Real Madrid, akan berusia 33 tahun dalam kejohanan akhir pada tahun depan, yang bermakna ini mungkin peluang terakhirnya untuk memenangi Piala Dunia.
Sementara itu, juara dunia bertahan Jerman, Neymar dan Brazil yang dipandang tinggi, dan Perancis pasti gembira dengan undian masing-masing, tetapi prospek kelihatan lebih sukar bagi Argentina.
Mereka akan menentang Croatia, Nigeria dan negara yang tampil buat julung kalinyadiPialaDunia,Iceland, pada waktu Lionel Messi cuba menebus kekalahan dalam perlawanan akhir kepada Jerman pada 2014.
Pemain Barcelona itu akan berusia 31 tahun sewaktu kejohanan, yang bermakna ini juga mungkin peluang terakhirnyauntukmemenangi Piala Dunia.
Jerman digandingkan dengan Mexico, Sweden dan Korea Selatan dalam Kumpulan F di mana anak buah Joachim Loew cuba menjadi negara pertama mempertahankan kejuaraan sejak Brazil pada 1962.
“Saya memang tidak takut,” kata Loew kepada televisyen ZDF.
Juara lima kali Brazil, yang inginmelupakankesengsaraan pada 2014 dan kekalahan 71 mereka yang memalukan dalam perlawanan separuh akhir menentang Jerman, diundi dengan Switzerland, Costa Rica dan Serbia dalam Kumpulan E.
Ia pernah disebut sebelum ini bahawa jurulatih Perancis Didier Deschamps mempunyai bintang bertuah di atas kepalanya apabila ia melibatkan undian seperti ini, dan pasukannya pasti yakin dapat mara dari Kumpulan C di hadapan Australia, Peru dan Denmark.
“Tidakkirakumpulanmana pun, pasukan Perancis perlu layak ke pusingan kalah mati dan mesti menduduki tempat pertama dalam kumpulan,” kata Deschamps, kapten pasukan yang memenangi Piala Dunia 1998, kepada BeIN Sport.
Bekas penyerang England yang menjadi pengacara televisyen Gary Lineker menyelia undian dan negaranya pasti gembira selepas Diego Maradona,
“Mereka juara Eropah, mereka mempunyai pemain hebat dan kita bercakap mengenai tahap tertinggi. JULEN LOPETEGUI Pengurus Sepanyol
Rusia Vladimir Putin (kanan) sedang memperkatakan sesuatu kepada Presiden Fifa Gianni Infantino, sewaktu undian Piala Dunia 2018 yang berlangsung di Istana Kremlin, Moscow pada Jumaat.
yang menyingkirkan Lineker dan England dari Piala Dunia 1986 dengan gol ‘Tangan Tuhan’ yang terkenal, mengundi anak buah Gareth Southgate dalam Kumpulan G bersama Belgium, Tunisia dan negara yang layak buat pertama kali, Panama.
Bagaimanapun Southgate, pengurus England, berwaspada selepas segala kekecewaan yang dialami negaranya kebelakangan ini di kejohanan besar.
“Kami pandai menepis pasukan lain dan kemudian dibelasah.Kamiperlubersedia untuk setiap perlawanan,” kata Southgate, dan England dalam teori boleh mendapati diripadalaluanpertembungan dengan Jerman dan Sepanyol kemudian jika mereka tidak memenangi peringkat kumpulan.
England memulakan kempen dengan menentang Tunisia di Volgograd – dalam stadium yang dibina di atas salah sebuah tapak Perang Stalingrad, salah satu episod
- Gambar REUTERS paling berdarah pada Perang Dunia Kedua – pada Isnin, 18 Jun.
Jepun berdepan dengan tugasan yang sukar untuk menamatkan cabaran dalam kelompok dua teratas Kumpulan H yang turut memaparkan Robert Lewandowski dan Poland, Sadio Mane dan Senegal serta Colombia.
Kejohanan yang merangkumi 11 buah bandar raya dan 12 buah stadium itu bermula apabila pasukan tuan rumah Rusia menentang Arab Saudi pada 14 Jun di Stadium Luzhniki, Moscow, yang turut menjadi venue perlawanan akhir pada 15 Julai.
Majlis berlangsung di dalam Istana Kremlin Negara, di mana Kongres Parti Komunis diadakan sewaktu era Soviet.
Presiden Putin berkata Rusia “amat menyayangi” bola sepak.
“Negara kita mengalualukan kejohanan itu dan berhasrat untuk mengadakannya pada tahap tertinggi,” kata Putin.
Persiapan untuk kejohanan itu dibayangi kontroversi yang berkisar sekitar penganugerahan kejohanan itu kepada Rusia, selain kebimbangan mengenai terorisme dan samseng bola sepak, serta hubungan Putin dengan dunia Barat.
Undian itu juga berlangsung ketika Rusia menangani dakwaan tentang ‘doping’ (penggunaan ubat terlarang) yang berleluasa dalam sukan lain, termasuk ketika ia menganjurkan Olimpik Musim Salji 2014.
Namun Infantino menafikan bahawa ‘doping’ adalah satu masalah dalam bola sepak.
“Jika anda mempunyai isu ‘doping yang serius’ dalam bola sepak, ini pasti sudah diketahui sekarang, sama ada di Rusia atau manamana negara lain di dunia,” katanya di satu sidang akhbar. – AFP