Utusan Borneo (Sabah)

Higuain ‘hadiahkan’ kekalahan pertama untuk Napoli musim ini

-

MILAN: Gonzalo Higuain tidak mempedulik­an keretakan tangan untuk memberikan kekalahan pertama pada musim ini dalam Serie A kepada kelab lamanya Napoli kelmarin dan meletakkan Juventus satu mata di belakang pendahulu liga itu dengan kemenangan 1-0.

Higuain menjalani pembedahan Isnin lepas tetapi tetap mahu bermain dalam perlawanan penting antara pendahulu liga Napoli dengan juara bertahan sebanyak enam kali itu.

Kemunculan­nya di padang lamanya, Stadium San Paolo, disambut dengan ejekan penyokong tuan rumah. - Gambar REUTERS

Namun pemain berusia 29 tahun yang tidak peduli itu, selepas dia meninggalk­an Napoli pada 2016 untuk pergi ke Turin di bawah kontrak bernilai 90 juta euro (RM432 juta), menjaringk­an gol tunggal selepas 12 minit.

“Higuain adalah fenomena dalam situasi ini,” kata jurulatih Napoli, Maurizio Sarri. “Mereka kurang 90 juta tetapi lebih tiga mata.”

Juventus menduduki tempat kedua, hanya satu mata sahaja di belakang Napoli selepas 15 perlawanan, dan di hadapan Inter Milan – satu-satunya pasukan yang belum tewas sekarang – yang dapat merampas kelebihan dalam kejohanan ini pada malam ini (Ahad) apabila mereka melayan kunjungan Chievo.

Ia merupakan kemenangan pertama bagi Juventus di Naples dalam tempoh hampir tiga tahun, tetapi kapten Gianluigi Buffon memberi amaran kepada kelab Turin itu untuk tidak terlalu seronok. “Menang di Naples tidak mudah tetapi kita tidak boleh terlalu teruja, tetapi saya perlu menyatakan kita sangat bagus,” kata Buffon kepada Mediaset Premium. “Walaupun ada rasa puas hati tertentu, kita tahu kita di tempat kedua dan berisiko menduduki tempat ketiga. “Higuain mempamerka­n prestasi mengagumka­n selama berbulan-bulan, ia pasti sayang untuk kehilangan­nya bagi perlawanan sedemikian. Hakikat bahawa dia memberi bantuan kepada kami pada

PENYERANG AS Roma Edin Dzeko (kanan) cuba melepasi kawalan pemain tengah Spal Alberto Grassi, pada perlawanan Seria A kedua-dua pasukan yang berlangsun­g di Stadium Olimpik, Rome pada Jumaat.

malam ini adalah satu tanda hebat.” Massimilia­no Allegri mengakui Higuain ingin sekali memulakan perlawanan selepas Mario Mandzukic disahkan tidak dapat bermain.

Pemain Argentina yang bersemanga­t itu kelihatan bakal menjaringk­an gol selepas hanya empat minit sahaja apabila dia menerima bola hantaran lintang dari Douglas Costa tetapi cubaannya dari jarak dekat dihalang oleh Pepe Reina.

Namun tidak sampai 10 minit kemudian, gergasi Turin itu berada di depan apabila Paulo Dybala menggunaka­n larian Costa untuk mengeluark­an pemain pertahanan dengan bola hantaran lintangnya kepada Higuain yang menewaskan Reina. Pemain Slovak, Marek Hamsik, nampak seakan-akan ia adalah malamnya untuk menyamakan rekod jaringan Diego Maradona bersama Napoli, tetapi Buffon berjaya menepis rembatanny­a dari jarak jauh.

Dries Mertens turut melihat rembatanny­a disekat manakala Buffon, 39, menyelamat­kan rembatan cantik dari Lorenzo Insigne.

Napoli mengasak di separuh masa kedua tetapi gagal membuahkan hasil daripada cubaan Insigne selepas minit ke-72 dan Hamsik 10 minit kemudian.

Pada akhirnya, ia adalah Higuain, bekas bintang Napoli, yang membawa perbezaan dengan gol kelimanya menentang bekas pasukannya dalam tempoh 16 bulan.

“Saya tidak mahu berhenti (untuk bercakap),” kata Higuain kepada wartawan kemudian. “Saya sudah bercakap di atas padang.”

Aksi malam kelmarin menyaksika­n ketiga-tiga kelab Itali yang bermain dalam Liga Juara-Juara - Napoli, Juventus dan Roma – beraksi sebelum perlawanan penting peringkat Eropah pada minggu depan yang menentukan kemajuan mereka ke fasa kalah mati.

Dan Roma menyediaka­n diri untuk perlawanan menentang Qarabaq dengan kemenangan mudah 3-1 ke atas SPAL yang bermain dengan 10 orang menerusi jaringan Edin Dzeko, Kevin Strootman dan Lorenzo Pellegrini.

Dias Felipe dibuang padang selepas 10 minit setelah pada mulanya dilayangka­n kad kuning oleh pengadil, selepas merujuk kepada VAR (video pembantu pengadil) kerana mengasari Dzeko.

Dzeko membuka jaringan sembilan minit kemudian selepas menerima hantaran dari Stephan El Shaarawy, yang turut melakukan kuisan ke belakang kepada Strootman untuk menjaringk­an gol, manakala Pellegrini menanduk bola masuk pada minit ke-53.

Federico Viviani mengurangk­an jurang dengan satu gol dua minit kemudian apabila dia merembat masuk bola yang melantun balik selepas tendangan penaltinya diselamatk­an oleh penjaga gol Roma, Alisson, yang menimbulka­n kemarahan jurulatih Eusebio Di Francesco.

“Saya amat marah kerana dibolosi gol,” kata jurulatih Roma itu kerana pasukannya masih ada peluang untuk memenangi kejuaraan, di tempat keempat hanya empat mata sahaja di belakang Napoli dengan kelebihan satu perlawanan lagi.

“Kami mahukan kemenangan itu dengan apa jua kos. Ia adalah penting untuk mengetepik­an gangguan kecil ini. SPAL jarang sekali melakukan rembatan ke arah gol dan kami memerlukan kemenangan itu untuk bersedia dengan cara terbaik bagi Qarabag.” – AFP

 ??  ?? - Gambar AFP
- Gambar AFP
 ??  ?? HIGUAIN menjaringk­an gol tunggal untuk Juventus menewaskan bekas pasukannya Napoli.
HIGUAIN menjaringk­an gol tunggal untuk Juventus menewaskan bekas pasukannya Napoli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia