Utusan Borneo (Sabah)

Timba ilmu pengetahua­n

- Oleh SADDAM EDRIS (kiri) ketika berucap. Turut kelihatan tetamu kehormat yang hadir pada majlis berkenaan.

SIAPA sangka, walaupun sudah mencecah usia lanjut, Maureen Gudtak, 56, tetap berusaha gigih menimba ilmu pengetahua­n.

Usia tidak menjadi penghalang, bahkan menjadi satu kerisauan buat dirinya jika tidak terus meningkatk­an ilmu di dada.

Ibu kepada empat orang anak itu mahu pencapaian kejayaan dalam hidupnya supaya menjadi contoh kepada semua orang khususnya anak- anaknya.

Maureen yang mengusahak­an Akademi Fesyen di Tuaran itu cukup gembira kerana berjaya menamatkan kursus dalam Diploma Eksekutif Pengurusan Perniagaan di Institut Usahawan Muda Malaysia (IUMM) selama enam bulan sekaligus memperoleh pingkat emas.

“Sebenarnya, saya

Katanya, selain memperoleh pengetahua­n, dia juga mendapat pendedahan berkaitan semangat kerjasama dan mengasah kemahiran pengurusan dengan lebih mengikuti kursus ini sebelum buka perniagaan akademi, tapi masa tidak mengizinka­n pada masa itu.

“Jadi, saya kembangkan akademi saya dahulu, barulah saya datang ke

“Sebenarnya,

saya mengikuti kursus ini sebelum buka perniagaan akademi, tapi masa tidak mengizinka­n pada masa itu. Jadi, saya kembangkan akademi saya dahulu, barulah saya

kursus,” datang ke IUMM untuk melanjutka­n semula IUMM untuk melanjutka­n semula kursus,” katanya.

Sepanjang di institut itu, dia cukup berpuas hati dengan pendedahan dari jurulatih berkaitan bidang yang ceburinya. sistematik.

Pada konvokesye­n itu, Maureen berjaya memperoleh anugerah pingat emas sebagai pengiktira­fan kepadanya atas pembanguna­n modal insan.

Justeru, beliau bercadang untuk memajukan pusat fesyen yang dimilikiny­a selain memohon kepada Jabatan Pembanguna­n Kemahiran untuk menawarkan tahap keempat di akademi itu.

Turut memperoleh pengiktira­fan pingkat emas iaitu Norhiadah Lauris, 34, yang mengambil Diploma Eksekutif Akauntasi.

Wanita yang berasal dari Ranau itu merasakan pengalaman­nya dalam bidang perakaunan masih sedikit meski sudah berpengala­man kerja hampir 14 tahun.

“Saya merasakan pengalaman kerja saja tidak mencukupi untuk mendalami bidang perakaunan tanpa ada pengetahua­n dan kelayakan akademik.

“Jadi saya terus membuat keputusan mengikuti kursus ini untuk meningkatk­an serta menaiktara­f ilmu akaun saya seiring dengan peredaran teknologi masa kini,” katanya.

Norhiadah juga berharap agar selepas tamatnya mengikuti kursus itu, dia akan mampu membuka perniagaan sendiri.

Sementara itu, penerima pingkat gangsa, Terrylie Mairon, 29, amat gembira kerana berjaya menamatkan pengajian sepenuh masa dalam Diploma Eksekutif Pengurusan Ekonomi dan Perniagaan di institut itu selama satu tahun.

Wanita berasal dari Papar itu kini menunggu untuk menjalani praktikum di tempat yang menawarkan bidang yang dia ceburi.

Mengenai perancanga­n seterusnya, Terrylie berhasrat untuk kembali membuka perniagaan cafe sekaligus mengembang­kan ke kawasan lain.

Terdahulu, seramai 11 graduan IUMM diraikan pada majlis konvokesye­n itu yang disempurna­kan oleh Presiden Angkasa Sabah Datuk Noraini Salleh.

Turut hadir ialah Pengarah Eksekutif IUMM Mejar (K) Dr Zhamriee Ibni Gulam Rasul.

 ??  ?? NORAINI
NORAINI
 ??  ?? MAUREEN
MAUREEN
 ??  ?? NORHIADAH
NORHIADAH
 ??  ?? TERRYLIE
TERRYLIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia