Utusan Borneo (Sabah)

Kemudahan kerajaan kepada rakyat

Prasarana kesihatan perlu diguna sebaik-baiknya

-

KUALA PENYU:Kemudahan prasarana kesihatan yang sentiasa dipertingk­atkan perlu dipergunak­an oleh rakyat dengan sebaik-baiknya.

Pengerusi Perkasa Trading Sdn Bhd Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata, kerajaan tidak pernah mengetepik­an pembanguna­n kesihatan dan turut memberikan keutamaan kepada pembanguna­n berkenaan.

“Pembanguna­n kesihatan juga penting seperti mana seriusnya kerajaan terhadap pembanguna­n pendidikan dan kerana itulah kerajaan sentiasa meningkatk­an kemudahan prasarana kesihatan negara ini,” katanya ketika merasmikan progam kem kesihatan di Kampung Kerukan, di sini Sabtu.

Isnin memberitah­u peningkata­n yang DATUK ISNIN HAJI ALIASNIH Pengerusi Perkasa Trading Sdn Bhd dilakukan tidak hanya di hospitalho­spital besar tetapi juga yang berstatus klinik.

Katanya, kemudahan itu termasukla­h peralatan perubatan selain usaha menambah bilangan doktor pakar dan ditempatka­n di kawasan luar bandar.

Menurutnya, kerajaan sememangny­a mempunyai perancanga­n untuk menempatka­n setiap Klinik Kesihatan pada peringkat daerah kecil atau kampung mempunyai sekurangku­rangnya satu doktor pakar.

“Usaha yang dilakukan oleh kerajaan itu adalah untuk memberikan kemudahan kepada rakyat dan ia juga membuktika­n bahawa kerajaan sememangny­a komited terhadap pembanguna­n kesihatan,” katanya lagi.

Isnin juga meminta agar rakyat tidak mengamalka­n sikap tidak percaya kepada hospital kerajaan dan beranggapa­n hospital swasta sahaja yang terbaik.

Katanya, akibat anggapan negatif itu, kemudahan prasarana yang disediakan oleh rakyat dipergunak­an pula oleh mereka yang bukan rakyat negara ini.

“Kita bersunggut kerana ramai yang bukan rakyat negara ini datang ke hospital atau klinik kerajaan dan ini berlaku kerana sikap kita juga yang beranggapa­n hospital swasta itu lebih baik.

“Akibatnya, kemudahan yang sepatutnya dinikmati oleh kita dipergunak­an oleh orang lain...kita tidak seharusnya bersunggut sebaliknya kita wajar ubah sikap,” katanya lagi.

Mengenai program tersebut, Isnin melahirkan rasa bangga dan berharap program yang bermanfaat seumpama itu akan diadakan pada masa akan datang.

Katanya, program yang bermanfaat seumpama itu amat berguna kepada masyarakat setempat.

“Dan saya berbangga dengan kehadiran ramai yang membuktika­n bahawa masyarakat setempat mempunyai persefaham­an dan semangat kerjasama yang tinggi,” katanya.

“Pembanguna­n kesihatan juga penting seperti mana seriusnya kerajaan terhadap pembanguna­n pendidikan dan kerana itulah kerajaan sentiasa meningkatk­an kemudahan prasarana kesihatan negara ini, ”

 ??  ?? ISNIN berbual mesra dengan salah seorang penduduk kampung yang mendapatka­n rawatan percuma pada program itu.
ISNIN berbual mesra dengan salah seorang penduduk kampung yang mendapatka­n rawatan percuma pada program itu.
 ??  ?? ISNIN menerima cendera kendengan daripada pengerusi penganjur program itu.
ISNIN menerima cendera kendengan daripada pengerusi penganjur program itu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia