Utusan Borneo (Sabah)

Hayati perjuangan Nabi Muhammad, hargai sumbangan pemimpin

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Umat Islam di negeri ini diseru terus menghayati perjuangan Nabi Muhammad SAW agar dapat diterjemah­kan dalam kehidupan mencapai kejayaan.

Menurut Timbalan Menteri Perusahaan, Perladanga­n dan Komoditi Malaysia, Datuk Nasrun Mansur, ajaran Islam menyeru umatnya mengamalka­n nilai-nilai murni dalam kehidupan agar menjadi lebih baik dalam setiap usaha dan pekerjaan.

Katanya, dalam arus kehidupan yang semakin mencabar ini umat Islam perlu lebih beriman dengan menjadikan al-Quran dan hadis sebagai panduan.

“Demikian juga umat Islam di negeri ini perlu menghargai sumbangan dan peranan yang dilakukan pemimpin-pemimpin kerana telah meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi yang memberi kita kesejahter­aan hidup dalam masyarakat yang majmuk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2017 Peringkat Daerah Lahad Datu di Dewan Tun Mustapha, dekat sini, Sabtu.

Nasrun yang juga Ahli Parlimen Silam juga mengajak umat Islam terus menjaga keharmonia­n dan menyemarak­kan perpaduan agar keamanan negara terus terpelihar­a dan kukuh menjadi negara yang memakmurka­n rakyat.

Sebelumnya, Nasrun diiringi Pegawai Daerah Iman Ali bersama-sama umat Islam berarak membawa sepanduk dari Masjid ArRaudah menuju ke dewan sambil berselawat.

Pada majlis itu, anugerah Tokoh Maulidur Rasul peringkat daerah diberikan kepada Sulaiman Pangeran Atok, 64.

Ketika ditemui beliau bersyukur menerima penghargaa­n itu dan berazam mahu meneruskan usaha bakti beliau menegakkan syiar Islam.

“Saya amat berharap agar umat Islam dapat bertindak dalam sedar mengikut alQuran dan hadis, berusaha mengamalka­n sunnah Rasulullah dengan istiqamah seterusnya berbakti tanpa mengharapk­an imbuhan,” katanya.

 ??  ?? NASRUN diiringin Iman berarak dari Masjid Ar-Raudah menuju Dewan Tun Mustapha sambil berselawat.
NASRUN diiringin Iman berarak dari Masjid Ar-Raudah menuju Dewan Tun Mustapha sambil berselawat.
 ??  ?? SULAIMAN (kanan) menerima anugerah penghargaa­n Tokoh Maulidur Rasul Daerah Lahad Datu daripada Nasrun (kiri) disaksikan Iman (tengah).
SULAIMAN (kanan) menerima anugerah penghargaa­n Tokoh Maulidur Rasul Daerah Lahad Datu daripada Nasrun (kiri) disaksikan Iman (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia