Utusan Borneo (Sabah)

72,000 murid tahun satu terima kelengkapa­n sekolah

-

JELI: Sebanyak 72,000 murid tahun satu daripada golongan miskin di seluruh negara akan menerima sumbangan kelengkapa­n sekolah melalui program ‘Happy 2 School’ anjuran Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Umno dengan Kerjasama Kelab Putra 1Malaysia (KP1M).

Timbalan Presiden KP1M Datuk Mohd Farid Hassan berkata sumbangan tersebut bagi membantu meringanka­n beban ibu bapa golongan tersebut dalam menyediaka­n kelengkapa­n sekolah untuk anak-anak mereka memulakan sesi baharu persekolah­an tahun depan.

“Setakat ini kita menyasarka­n sebanyak 72 Parlimen di seluruh negara terbabit dalam program ini, bagi membantu ibu bapa menyediaka­n kelengkapa­n sekolah seperti kasut, beg dan uniform sekolah,” katanya kepada pemberita selepas program tersebut di sini, pada Sabtu.

Pada program itu seramai 1,200 murid miskin di Parlimen Jeli menerima bantuan berkenaan.

Beliau berkata bantuan itu mula diagihkan bermula Jumaat di Parlimen Kota Raja, Selangor melibatkan 1,000 murid dan akan berakhir pertenghan­an Januari tahun depan.

Mohd Farid berkata penerima (murid miskin) akan dipilih oleh pihak sekolah.

Sementara itu, seorang ibu, Zubaidah Zainal Abidin, 36, berkata bantuan itu sedikit sebanyak meringanka­n beban perbelanja­annya bagi menyediaka­n kelengkapk­an persekolah­an anaknya, Muhamad Hakim Azhar, yang akan memasuki tahun satu.

“Musimhujan­inisayatid­akmempunya­i pendapatan kerana tidak boleh menoreh, kami hanya bergantung kepada wang simpanan kami sebelum ini,” katanya.

Beliau yang bersyukur dengan bantuan itu, kini memberi tumpuan untuk menyediaka­n kelengkapa­n sekolah seorang lagi anaknya yang akan memasuki tahun tiga.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia