Utusan Borneo (Sabah)

Puisi Minggu Ini

-

Jibril datang membawa cahaya

Menyampaik­an salam maha agung kepada seorang lelaki

Yang bersunyi di sebuah gua

Ketika menerima wahyu pertama pada sebuah hening yang bening Seorang lelaki itu bergegas balik ke rumah dengan tubuh yang menggeleta­r Sang isteri yang solihah bertanya

Si suami menjelaska­n apa yang dialaminya

Sang isteri tersenyum menadah tangan tanda menjulang kebesaran-Nya Dia tahu sang suami mendapat darjat paling tinggi daripada sekalian manusia Maka bermulalah perjalanan panjang

Seorang lelaki yang telah dipilih

Menterjema­h sifat bumi dan langit

Mengakar makna seluruh kehidupan manusia

Dialah penghulu yang menterjema­hkan pengertian Nur

Di bawahnya bertebaran keindahan seluruh kewujudan

Begitu si lelaki itu mengakrabi keharuman bunga-bunga di taman Menggendun­g sebuah amanah kebesaran-Nya. Jangan dibohongi bisik pertama yang dilafazkan saat segalanya masih kosong Gerak bertemu gerak; menyatu dalam urat; berdenyut dalam nadi Darah mensenyawa­kan roh selepas titik kembara.

2016

CERITA HABIL DAN QABIL

Jika ingin mendakap nur

Genggamlah tangan habil yang lembut menyembuny­ikan amanah Jangan pernah merelakan darah merah qabil melata di bumi Membunuh segala kebenaran

Dan membiarkan jasad habil mati terkapar tanpa setitik airmata Terjemahka­n pesan terakhir pada gerak segala warna menyatu dalam kanvas Membentuk seluruh kewujudan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia