Utusan Borneo (Sabah)

M’sia setuju lanjutkan

Penyelaras­an minyak sehingga Disember 2018

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Malaysia telah bersetuju untuk melanjutka­n pelarasan pengeluara­n minyak sehingga 31 Disember 2018.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, ia selaras dengan keputusan untuk terus melanjutka­n ‘Pengisytih­aran Kerjasama’ bagi tempoh sembilan bulan semasa Mesyuarat di Peringkat Menteri OPEC dan bukanOPEC ke-3 yang diadakan di Vienna pada 30 November 2017.

“Saya mewakili Malaysia di dalam mesyuarat di peringkat menteri ini manakala pegawai-pegawai kanan daripada Petronas dan Unit Perancang Ekonomi menghadiri mesyuarat teknikal sehari sebelum mesyuarat di peringkat menteri.

“Pelanjutan pelarasan pengeluara­nminyakdip­erlukan untuk mengurangk­an inventori minyak kepada paras yang lebih berpatutan untuk menyediaka­n kestabilan dan kemampanan dari segi harga termasuk juga permintaan dan penawaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.

Beliau berkata, bagi tempoh Januari sehingga Oktober 2017, OPEC dan bukan-OPEC berjaya mengurangk­an paras inventori lebih daripada 600 juta tong minyak.

Katanya, berdasarka­n anggaran, lanjutan pelarasan pengeluara­n itu akan membantu mengimbang­kan semula pasaran minyak menjelang hujung 2018.

“Ini adalah salah satu faktor mengapa harga minyak semakin mengukuh sejak 2016. Semasa mesyuarat di peringkat menteri, saya juga berkongsi pandangan Malaysia yang bersetuju untuk melanjutka­n penyertaan di dalam dasar pelarasan pengeluara­n minyak.

“Malaysia tidak berminat untuk melihat harga minyak mencecah USD100 atau lebih setong seperti sebelum ini. Malaysia lebih selesa dengan harga minyak yang stabil pada paras yang berpatutan kerana ketidakten­tuan harga minyak adalah tidak baik untuk unjuran pendapatan kerajaan Malaysia,” katanya.

Menurutnya, harga minyak yang stabil dan seimbang akan membantu kerajaan dalam merancang belanjawan di samping mengekalka­n kadar inflasi pada kadar yang berpatutan.

“Pelanjutan pelarasan pengeluara­n minyak diperlukan untuk mengurangk­an inventori minyak kepada paras yang lebih berpatutan untuk menyediaka­n kestabilan dan kemampanan dari segi harga termasuk juga ” permintaan dan penawaran

DATUK SERI ABDUL RAHMAN DAHLAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 ??  ??
 ??  ?? RAHMAN (duduk) bersama Menteri Tenaga, Industri dan Sumber Mineral Arab Saudi Khalid Al-Falih ketika pada mesyuarat di Peringkat Menteri OPEC dan bukan-OPEC ke-3 yang diadakan di Vienna, Austria.
RAHMAN (duduk) bersama Menteri Tenaga, Industri dan Sumber Mineral Arab Saudi Khalid Al-Falih ketika pada mesyuarat di Peringkat Menteri OPEC dan bukan-OPEC ke-3 yang diadakan di Vienna, Austria.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia