Utusan Borneo (Sabah)

Hampir 1,300 pendatang Nigeria pulang dari Libya pada November

-

LAGOS: Hampir 1,300 pendatang Nigeria telah dibawa pulang dari Libya pada November – hampir dua kali ganda dari bulan sebelumnya, menurut ketua Agensi Pengurusan Kecemasan Negara (NEMA) kelmarin.

“1,295 rakyat Nigeria telah pulang secara sukarela dari Libya pada November selepas terkandas di negara Afrika Utara dalam perjalanan ke Eropah,” menurut Mustapha Maihaja.

Maihaja menyatakan rakan senegarany­a telah dihantar pulang dalam beberapa kumpulan di antara 6 November dan 30 November, dengan bantuan Internatio­nal Organizati­on for Migration dan Kesatuan Eropah.

Beliau telah menemui kira-kira 150 orang ketika mereka mendarat di lapangan terbang Lagos pada lewat Khamis lepas.

Rakyat Nigeria telah meliputi majoriti dari pendatang tanpa dokumen yang cuba untuk melakukan perjalanan berbahaya melalui Lautan Mediterran­ea ke Eropah.

Penghantar­an pulang rakyat Nigeria dari Libya bermula hampir setahun lepas namun jumlah telah meningkat sejak beberapa bulan.

Pada Oktober, 826 orang telah pulang. Di antara Disember 2016 dan Mac 2017, terdapat seramai 643 orang yang pulang.

Para ketua negara Afrika sejak beberapa hari ini telah mengecam layanan bagi pendatang di Libya, termasuk keganasan dan perdaganga­n hamba yang menular.

Pada minggu ini, Presiden Ghana Nana Akufo-Addo mengecam Libya negara anggota Kesatuan Afrika bagi kekurangan perpaduann­ya dengan rakyat dari negara lain di benua tersebut.

Pada Khamis lepas, beliau menemui Presiden Perancis Emmanuel Macron di Accra dan menggesa golongan muda Afrika agar “terus berasa di Afrika” bagi membantu benua itu membangun.

Presiden Nigeria Muhammadu Buhari menyatakan rakan senegarany­a telah dijual “seperti kambing” dan berjanji akan menghantar pulang sesiapa yang terperangk­ap di negara ini, yang berada dalam keadaan tanpa undangunda­ng selepas kejatuhan Muammar Ghaddafi 2011.

Kerajaan Libya yang disokong oleh PBB telah dihentam balik dengan kritikan yang bertambah, menyatakan dalam satu kenyataan bahawa ia telah terkejut dengan imigrasi haram.

Namun wakil utama bagi kedutaan Libya di Nigeria, Attia Alkhoder, mempersala­hkan kumpulan penjenayah berbanding dengan rakyatnya sendiri bagi penyeludup­an dan perdaganga­n hamba.

Imigrasi haram dan dakwaan bagi perdaganga­n hamba telah mendominas­i perbincang­an di dalam mesyuarat Eropah-Afrika pada minggu ini di Ivory Coast.

Ketua bagi sembilan negara Afrika dan Eropah, termasuk Libya telah bersetuju untuk bekerjasam­a bagi menghapusk­an rangkaian jenayah dan melakukan “operasi pemindahan kecemasan” untuk pendatang pada hari-hari dan minggu akan datang. – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia