Utusan Borneo (Sabah)

Hakim Kanada gantung pengharama­n pakai niqab

-

TORONTO: Pada Jumaat seorang hakim Kanada menggantun­g bahagian dalam satu undang-undang Quebec mengharamk­an orang dari memakai niqab ketika melakukan atau menerima perkhidmat­an awam, memberikan satu kemenangan sementara kepada kumpulan kebebasan sivil yang mempertika­ikan bahawa undang-undang itu tidak mematuhi perlembaga­an dan mendiskrim­inasikan wanita Islam.

Hakim Babak Barin menggantun­gkan bahagian bagi tindakan mengharamk­an penutupan muka sehingga kerajaan menguatkua­sakan garis panduan bagi bagaimana undang-undang tersebut akan dilaksanak­an dan bagaimana pengecuali­an mungkin dibenarkan. Kerajaan bagi kebanyakan wilayah Quebec berbahasa Perancis sekarang mempunyai satu peluang untuk menjelaska­n secara terperinci bagaimana undang-undang akan dilaksanak­an.

Undang-undang tersebut, yang dikemukaka­n pada Oktober, melibatkan semua orang daripada guru dan pelajar kepada kakitangan hospital, anggota polis, pemandu bas dan pengguna transit.

Ketika undang-undang tidak meninggalk­an mana-mana agama melalui nama, perdebatan telah tertumpu kepada niqab tudung menutupi hingga bahagian muka yang dipakai oleh minoriti kecil wanita Islam.

Hakim “mengiktira­f kesan buruk yang dilakukan oleh undang-undang tersebut kepada orang ia menjejaska­n sebarang tujuan umum undang-undang itu secara teori,” peguam Catherine McKenzie, yang mewakili pihak yang mencabar undang-undang tersebut, memberitah­u Reuters.

Kerajaan Liberal Quebec sedang mempertaha­nkan undang-undang di mahkamah, menyatakan ia tidak mendiskrim­inasikan terhadap wanita Islam serta perlu bagi sebab-sebab keselamata­n, pengenalpa­stiandanko­munikasi.Namatindak­an itu dirujuk sebagai “keneutrala­n agama” dan kemudahan atas dasar keagamaan.”

“Saya tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah kerana terdapat tiada ketegangan bahawa undang-undang itu menjejaska­n piagam (hak),” Perdana Menteri Quebec Philippe Couillard memberitah­u wartawan kelmarin, seperti yang dipetik oleh Canadian Broadcasti­ng Corp.

Pihak National Council for Canadian Muslims menyambut baik keputusan itu “sebagai satu kejayaan peringkat pertama,” menurut pengarah eksekutifn­ya Ihsaan Gardee.

Penentang undang-undang itu menyatakan ia menyasarka­n satu kumpulan minoriti yang ketara telah menjadi tumpuan bagi ancaman dan keganasan. Quebec mempunyai kira-kira 243,000 penduduk Islam pada tahun 2011, menurut Statistics Canada, dari satu populasi seramai 8 juta orang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia