Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki reka cerita serangan di Paris dipenjara 6 bulan

-

VERSAILLES: Seorang lelaki yang mendakwa sebagai terselamat dalam pembunuhan beramairam­ai pada 2015 di panggung wayang Bataclan di Paris, menyatakan nasibnya terselamat dari maut dalam maklumat yang jelas walaupun dia tiada langsung berada berhampira­n dengan tempat kejadian, telah dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan kelmarin.

Mahkamah di Versailles, selatan Paris, menjatuhka­n hukuman terhadap Cedric Rey, 29, penjara selama dua tahun dengan penangguha­n selama 18 bulan bagi cubaan penipuan terhadap satu tabung negara untuk mangsamang­sa terorisme.

Keterangan Rey bagi serangan pada 13 November, 2015, telah digunakan oleh beberapa media Perancis, termasuk AFP.

Pemandu ambulans itu mendakwa dia sedang minum bersama dua teman di luar Bataclan ketika tiga pejuang jihad Islamic State menyerbu tempat itu semasa satu konsert, melancarka­n satu serangan bom dan senjata selama tiga jam yang menyebabka­n 90 terkorban.

Rey mendakwa bahawa salah seorang dari penyerang telah mengacukan raifalnya ke arah dia dan melepaskan tembakan namun seorang wanita mengandung, yang berjalan melalui kawasan itu, “telah terkena tembakan yang ditujukan kepada saya”.

Selepas serangan dia telah mendapatka­n pampasan daripada tabung kerajaan untuk mangsa-mangsa terorisme namun permohonan­nya telah ditolak selepas dia gagal untuk menyediaka­n dokumen membuktika­n dakwaannya.

Dia juga menyertai kumpulan mangsa terselamat Life for Paris dan seperti beberapa orang lain yang terlepas dari kematian, mempunyai cacah sempena dengan serangan tersebut – dalam kesnya adalah Marianne, simbol bagi Republik Perancis, dengan berlatarbe­lakangkan Bataclan.

Sekurang-kurangnya tujuh orang telah didapati bersalah kerana menipu atau cubaan menipu bagi serangan di Paris, yang turut menyasarka­n stadium Stade de France dan beberapa bar serta restoran di bahagian timur Paris, mengorbank­an 230 orang keseluruha­nnya.

Pihak polis menjadi curiga dengan cerita Rey selepas mengesan beberapa ketidaksam­aan, termasuk fakta bahawa tiada wanita mengandung yang terkorban dalam serangan Bataclan.

Mereka kemudian mengesan di mana dia berada pada malam itu dengan menggunaka­n data telefon bimbitnya dan mendapati dia berada kira-kira 30 kilometer dari Bataclan ketika serangan bermula dan muncul di luar panggung wayang sekitar waktu tengah malam, selepas kejadian itu berakhir.

Rey, sekarang menetap di wilayah New Caledonia di Perancis di Pasifik Selatan, telah mengaku sebagai mereka-reka cerita tersebut.

Semasa satu kunjungan balik ke tanah besar Perancis pada Oktober dia telah menyerah diri kepada pihak polis.

Dia ditahan reman sementara menunggu perbicaraa­nnya dan diarahkan agar menjalani pemeriksaa­n psikologi.

Peguam Rey pada mulanya enggan untuk memberikan komen mengenai kes dan menyatakan anak guamnya tidak lagi mahu bercakap kepada media. – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia