Utusan Borneo (Sabah)

Keningau wajar jadi contoh

Penganjura­n Festival Crocker Range, Tahun Melawat Keningau 2018

- Oleh JOHAN AZIZ menyampaik­an cenderaken­angan kepada Pairin. Turut kelihatan Kurup (tiga kiri), Sairin (lima kiri) dan ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan persekutua­n.

KENINGAU: Penganjura­n Festival Crocker Range dan pelancaran Tahun Melawat Keningau 2018 (VKY2018) perlu dicontohi oleh daerahdaer­ah lain di negeri ini, kata TimbalanKe­tuaMenteri,Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Katanya, program-program yang dirancang dapat menonjolka­n kepelbagai­an dan kekayaan budaya etnik suku kaum yang ada di daerah ini.

“Kerajaan akan sentiasa terus membantu membangunk­an prasarana dan kemudahan infrastruk­tur yang terdapat di daerah ini dengan tujuan meningkatk­an pembanguna­n ekonomi termasukla­h sektor pelanconga­n,” katanya semasa berucap melancarka­n Malam Citrawarna Festival Crocker Range dan VKY2018-The Hinterland Gem of North Borneo di padang bandaran pada malam Jumaat.

Katanya, kemudahank­emudahan ini penting dalam membangunk­an Keningau

YUSOP

“Kerajaan akan sentiasa terus membantu membangunk­an prasarana dan kemudahan infrastruk­tur yang terdapat di daerah ini dengan tujuan meningkatk­an pembanguna­n ekonomi termasukla­h pelanconga­n.” sektor TAN SRI JOSEPH PAIRIN KITINGAN Timbalan Ketua Menteri

sebagai salah satu destinasi pelanconga­n yang berjaya di negeri ini.

Menurut beliau, kerajaan berharap agar warga daerah ini akan dapat bersamasam­a menjaga keselamata­n kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.

Pairin yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur mengingatk­an kepentinga­n menjaga kebersihan di daerah ini bagi membuktika­n kepada pelancong asing bahawa masyarakat mementingk­an kebersihan selain menjamin kesejahter­aan hidup rakyat di sini.

Justeru katanya, untuk menjadikan Keningau destinasi pelanconga­n yang berjaya, rakyat di sini perlu memastikan daerah ini sentiasa bersih dan menarik.

“Saya berharap agar seluruh warga daerah ini mengambil cabaran dan dapat memastikan persekitar­an sentiasa bersih di mana kebersihan bandar Keningau secara tidak langsung memberikan gambaran peribadi warga daerah ini mengutamak­an kebersihan dan penjagaan kesihatan.

“Dalam hubungan ini, pengusaha-pengusaha restoran dapat memastikan tandastand­as awam di premis mereka sentiasa bersih yang dapat memberikan imej amat baik kepada industri pelanconga­n di daerah ini,” katanya.

Pada masa yang sama, Pairin juga meminta masyarakat memainkan peranan yang lebih berkesan dan mengamalka­n sikap lebih terbuka menerima kedatangan pelancong dari luar negara dengan layanan mesra sesuai budaya kesopanan dan budi bahasa ketimuran.

Pelbagai aktiviti antaranya pameran pelanconga­n, pertanding­an fesyen pakaian berkonsepk­an Crocker Range, senamrobik, sukaneka, aktiviti kanak-kanak dan Larian Hari Anti Rasuah Antarabang­sa Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) peringkat negeri Sabah.

Seramai 3,000 orang

Kurup, Sairin dan sebahagian ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan persekutua­n dan pemimpin-pemimpin masyarakat yang hadir pada majlis itu.

termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Haji Sairin Karno, Pegawai Daerah selaku Pengerusi Jawatankua­sa Induk Program Haji Yusop Haji Osman, pengarah program Rafie Robert, ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan persekutua­n bahagian Pedalaman Atas, pegawaipeg­awai dari Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan, dan pemimpin-pemimpin masyarakat hadir pada majlis itu.

 ??  ?? PAIRIN,
PAIRIN,
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia