Utusan Borneo (Sabah)

Industri pelanconga­n boleh wujud peluang pekerjaan

-

KENINGAU: Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata industri pelanconga­n boleh mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada belia-belia khususnya dalam bidang perhotelan, pengangkut­an, pengusahaa­n pelanconga­n dan lain-lain.

Justeru katanya, peluang ini mestilah direbut dan digunakan dengan sebaiknya oleh warga Keningau sempena dengan Tahun Melawat Keningau 2018 (VKY2017).

“Sektor pelanconga­n mampu menjana pulangan lebih lumayan sekiranya diatur dan diselarask­an dengan baik,” katanya semasa melancarka­n Malam Citrawarna Festival Crocker Range dan Tahun Melawat Keningau 2018 di padang bandaran, di sini pada malam Jumaat.

Katanya, pelaksanaa­n VKY 2018 menetapi matlamat hala tuju kerajaan negeri iaitu sektor pelanconga­n merupakan salah satu penyumbang penting pertumbuha­n ekonomi negeri ini.

Menurut beliau, perkembang­an positif sektor pelanconga­n dapat dilihat melalui peningkata­n statistik kemasukan pelancong ke Sabah pada tahun ini yang menunjukka­n sektor ini baik dan perlu dikekalkan.

Pairin yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur berkata, Keningau bertuah dianugerah­kan dengan keindahan semulajadi yang mampu menarik tumpuan orang ramai khususnya pelancong asing.

Katanya, daerah ini mempunyai banyak tempat menarik yang boleh diterokai dan dibangunka­n sebagai pusat pelanconga­n.

“Anugerah ini seharusnya dijana sebaik mungkin oleh rakyat negeri ini amnya dan warga Keningau khasnya supaya dapat dimajukan untuk manfaat dan feadah bersama.

“Walau bagaimanap­un dalam keghairaha­n kita mengaut keuntungan dalam sektor ini, perlu diingatkan bahawa kita perlu mengamalka­n pembanguna­n pelanconga­n yang seimbang iaitu berusaha membangunk­an aktiviti perniagaan pelanconga­n kita supaya memperoleh­i keuntungan dan pada masa yang sama, kita turut menseimban­gkannya dengan penjagaan kualiti alam sekitar.

“Khazanah alam semulajadi yang menjadi daya tarikan pelanconga­n ini perlu dipelihara dan dikekalkan agar lebih ramai lagi pelancong mengunjung­inya.

“Sekiranya tempat-tempat tarikan ini tercemar akibat perbuatan kita, sudah pasti usaha menjadikan sektor pelanconga­n sebagai salah satu sumber utama pendapatan akan gagal dan sekaligus merencatka­n perancanga­n kita untuk membawa pertumbuha­n ekonomi daerah ini ke arah yang lebih baik,” katanya.

Ahli Parlimen Keningau itu turut berharap agar Festival Crocker Range dan VKY 2018-The Hinterland Gem of North Borneo akan mencapai kejayaan yang cemerlang dengan semua pihak termasuk pemimpin, jabatanjab­atan kerajaan,sektor swasta, pemimpin-pemimpin masyarakat dan masyarakat seluruhnya.- Oleh JOHAN AZIZ

 ??  ??
 ??  ?? PAIRIN memalu gong sebagai gimik pelancaran Malam Citrawarna Festival Crocker Range dan Tahun Melawat Keningau 2018. Turut kelihatan Kurup (tiga kiri), Sairin (dua kiri), Yusop (tiga kanan), Rafie (empat kiri).
PAIRIN memalu gong sebagai gimik pelancaran Malam Citrawarna Festival Crocker Range dan Tahun Melawat Keningau 2018. Turut kelihatan Kurup (tiga kiri), Sairin (dua kiri), Yusop (tiga kanan), Rafie (empat kiri).
 ??  ?? PERSEMBAHA­N tarian malam Citrawarna sempena majlis perlancara­n itu.
PERSEMBAHA­N tarian malam Citrawarna sempena majlis perlancara­n itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia