Utusan Borneo (Sabah)

Rai graduan, pelajar cemerlang

99 pelajar Tingkatan Enam Atas menerima sijil graduasi

-

Menteri Muda Utiliti (Bekalan Elektrik) Dr Abdul Rahman JunaIdi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai yang mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Pada majlis tahunan SMK TAHO itu, seramai 99 pelajar Tingkatan Enam Atas menerima sijil graduasi mereka.

Di samping itu, beberapa anugerah lain disampaika­n kepada para penerima termasuk Ketua dan Penolong Ketua Tingkatan, Lembaga Pengawas Sesi 2016/2017, Anugerah Kecemerlan­gan Kokuri-kulum dan Anugerah Kecemerlan­gan Akademik.

Turut disampaika­n Anugerah Keseluruha­n Kebersihan, Keceriaan dan Keselamata­n Kelas (Program 3K) dimenangi Tingkatan 5 Sains 2, manakala Anugerah Kehadiran Terbaik diperoleh Tingkatan 5 Sains 1 (98.5 peratus).

FAQRUL bersama ibu bapanya ketika menerima Anugerah Bestari daripada Abdul Rahman.

Sementara itu, Anugerah Pengetua dimenangi Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Che Muhd Daniel Che Rafidi dan bagi Anugerah Pelajar Cemerlang Peperiksaa­n 2016 pula dirangkul Filzatun Hanis Hatta (Pentaksira­n Tingkatan 3), Abdul Hanis Othman (Sijil Pelajaran Malaysia) dan Elnysia Yuzevia Pediyon (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia).

Empat anugerah utama, Anugerah Perkasa Bintang Sukan diraih Nur Fitrah Rosmadi, manakala Anugerah Kokurikulu­m dan Kesenian dimenangi Nur Hidayah Mohamad Johan, Anugerah Murid Harapan pula disandang Aina Aiza Rosdi, dan Anugerah Bestari (Cemerlang Akademik) dirangkul Faqrul Elfiqry Ramdy.

 ??  ?? ABDUL Rahman bersama para penerima anugerah selepas Majlis Graduasi dan Anugerah Kecemerlan­gan 2017.
ABDUL Rahman bersama para penerima anugerah selepas Majlis Graduasi dan Anugerah Kecemerlan­gan 2017.
 ??  ?? ABDUL Rahman menyampaik­an cenderahat­i kepada Cikgu Tuah yang berpindah ke Miri untuk menggalas tanggungja­wab sebagai pengetua SMK Luak.
ABDUL Rahman menyampaik­an cenderahat­i kepada Cikgu Tuah yang berpindah ke Miri untuk menggalas tanggungja­wab sebagai pengetua SMK Luak.
 ??  ?? ABDUL Rahman menyampaik­an sijil kepada salah seorang graduan tingkatan enam.
ABDUL Rahman menyampaik­an sijil kepada salah seorang graduan tingkatan enam.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PARA graduan sempat merakam gambar kenangan bersama keluarga pada hari penuh bermakna itu.
PARA graduan sempat merakam gambar kenangan bersama keluarga pada hari penuh bermakna itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia