Utusan Borneo (Sabah)

Bukit Maria diperkenal kepada umum

Nilai tambah industri pelanconga­n daerah Sandakan

- SIRI AKHIR

SEBELUM dibangunka­n kirakira dua tahun lepas, ternyata kawasan Bukit Maria tidak sepi, sebaliknya turut menerima kunjungan ‘orang luar’.

Lebih membimbang­kan apabila ‘orang luar’ bertindak berani dengan cuba merosakkan tinggalan sejarah serta kemudahan yang dibina di sekitar bukit itu.

Pengerusi Majlis Pastoran Paroki Pilis Malim berkata, ketika menemui empangan itu beberapa tahun lalu, mereka menemui lubang sedalam 20 kaki yang dipercayai digali ‘orang luar’ untuk mencari harta karun.

“Selain itu, kami juga menemui beberapa keping konkrit dari bangunan empangan asal yang telah dihanyutka­n di anak sungai.

“Tidak hanya itu, penceroboh juga telah mencuri kayu belian yang kita letakkan di laluan pejalan kaki dan tangga di kawasan bukit, merosakkan tali pemegang serta mencuri perhiasan pada menara di puncak bukit.

“Kita bimbang tindakan ‘orang luar’ ini hanya akan merosakkan hutan, kemudahan serta tinggalan sejarah yang amat berharga ini,” jelasnya.

Perkenalka­n Bukit Maria kepada umum

Serentak dengan itu, Jawatankua­sa Pembanguna­n Bukit Maria sepakat berpendapa­t sudah tiba masanya bukit berkenaan diperkenal­kan kepada umum baik masyarakat setempat mahupun pelancong dalam dan luar negeri.

Dalam masa yang sama, pihaknya berharap Bukit Maria akan menjadi nilai tambah kepada industri pelanconga­n di daerah ini sekaligus membantu merancakka­n ekonomi setempat.

“Kami mahu berkongsi apa yang ada di bukit ini dengan penduduk setempat serta pelancong dari dalam dan luar negeri. Apatah lagi Sandakan sememangny­a sinonim dengan tinggalan sejarah daripada peristiwa Kawad Maut.

“Selain itu, kami juga mahu orang ramai untuk menikmati dan menghargai hutan simpan kita yang kaya dengan flora dan fauna.

“Dalam masa yang sama, kami merancang mahu mengekalka­n hutan ini sama seperti konsep agro pelanconga­n di Mesilou.

“Bagaimanap­un, disebabkan Jawatankua­sa Pembanguna­n Bukit Maria bertindak sebagai sukarelawa­n, kami memerlukan notis pemberitah­uan untuk lawatan sekurangku­rangnya seminggu lebih awal. Ia bagi memudahkan kami menguruska­n pengiring bagi tujuan keselamata­n,” katanya.

Untuk rekod, jawatankua­sa berkenaan mempunyai 30 orang ahli yang datang dari latar belakang pekerjaan yang berbeza. Ketika ini, mereka melakukan tugas-tugas berkaitan secara sukarela.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Bukit Maria, Edward Magiri berharap Bukit Maria akan menjadi salah satu lokasi yang wajib dilawati khususnya oleh pelancong luar.

“Dulu Sandakan terkenal dengan panggilan ‘Little

Hong Kong’. Tetapi kini panggilan itu tidak lagi sesuai kerana daerah ini lebih kepada tempat persinggah­an sementara. Oleh itu, kami berharap dengan adanya satu lagi destinasi pelanconga­n ini akan memberi peluang kepada pelancong untuk singgah lebih lama di Sandakan,” jelasnya.

Buat masa ini, tiada sebarang bayaran masuk dikenakan, bagaimanap­un pelawat boleh menyalurka­n derma seikhlas hati untuk membantu kerja-kerja penyelengg­araan dan kos operasi di Bukit Maria.

Kerjasama dengan operator pelanconga­n dan media

Kejayaan mempromosi­kan produk pelanconga­n di sesebuah tempat memerlukan usaha dan kerjasama dalam kalangan rakyat setempat itu sendiri.

Itulah yang dilakukan oleh Jawatankua­sa Pembanguna­n Bukit Maria yang telah memberi peluang kepada operator pelanconga­n dan rakan media untuk merasai sendiri pengalaman meredah bukit berkenaan, baru-baru ini.

Ternyata wakil operator pelanconga­n dan rakan media teruja dengan Bukit Maria apatah lagi ratarata tidak mengetahui kewujudan bukit itu yang mempunyai 1,001 rahsia disebalikn­ya.

Pengerusi Persatuan Pelanconga­n Sandakan (STAN), Johnny Lim berkata pihaknya sedia membantu jawatankua­sa itu untuk mempromosi­kan Bukit Maria kepada pelancong dalam dan luar negeri.

Beliau juga merancang untuk mengetenga­hkan Bukit Maria kepada rakan operator pelanconga­n yang lain serta agensi dan jabatan berkaitan pelanconga­n.

“Pertemuan pada kali ini akan menjadi titik permulaan untuk kita samasama berusaha memperkena­l dan mempromosi­kan Bukit Maria kepada dunia luar.

“Dalam masa yang sama, kita berharap Jawatankua­sa Pembanguna­n Bukit Maria akan mencari kaedah bersesuaia­n agar bukit ini boleh dilawati pada bilabila masa sahaja tanpa perlu dimaklumka­n terlebih awal.

“Ini kerana kita sedia maklum kebanyakan pelancong yang datang ke Sandakan adalah pelancong bebas. Dan, apabila mereka datang ke St Mary, sudah pasti mereka mahu melawat Bukit Maria pada masa yang sama,” jelasnya.

 ??  ??
 ??  ?? MENARA yang siap dibina di puncak Bukit Maria. TANGGA kayu dibina bagi kemudahan pelawat. BEBERAPA keping konkrit empangan yang telah rosak dan dihanyutka­n akibat perbuatan vandalisme.
MENARA yang siap dibina di puncak Bukit Maria. TANGGA kayu dibina bagi kemudahan pelawat. BEBERAPA keping konkrit empangan yang telah rosak dan dihanyutka­n akibat perbuatan vandalisme.
 ??  ??
 ??  ?? SEBUAH lagi Japanese bunker yang ditemui di puncak Bukit Maria.
SEBUAH lagi Japanese bunker yang ditemui di puncak Bukit Maria.
 ??  ?? EMPANGAN Mill Hill dari pandangan tepi.
EMPANGAN Mill Hill dari pandangan tepi.
 ??  ?? (Gambar atas) LALUAN menuju ke puncak Bukit Maria. (Gambar kanan) PARA peserta yang menyertai aktiviti hiking ke puncak Bukit Maria.
(Gambar atas) LALUAN menuju ke puncak Bukit Maria. (Gambar kanan) PARA peserta yang menyertai aktiviti hiking ke puncak Bukit Maria.
 ??  ?? TALI yang diikat untuk membawa bahan mentah ke puncak ketika kerja-kerja pembinaan menara dilakukan.
TALI yang diikat untuk membawa bahan mentah ke puncak ketika kerja-kerja pembinaan menara dilakukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia