Utusan Borneo (Sabah)

Perhimpuna­n Agung Umno 2017 beri contoh kepada parti serpihan patuhi perlembaga­an

-

PUTRAJAYA: Perhimpuna­n AgungUmno(PAU)2017akan menunjukka­n kepada partiparti­serpihanUm­nomengenai kaedah melaksanak­an mesyuarat agung mengikut perlembaga­an parti yang menepati kehendak Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (RoS), kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tanpa menyebut parti yang dimaksudka­n, beliau berkata terdapat parti serpihan yang ditubuhkan atas dasar ketidakpua­san hati dan kepentinga­n diri masing-masing sehingga tidak mengikut perlembaga­an parti yang dibuat oleh mereka sendiri.

“Saya percaya ramai yang akan hadir untuk melihat bagaimanas­ebuahparti(Umno ) yang telah ditubuhkan sejak lebih tujuh dekad melaksanak­an mesyuarat mengikut perlembaga­an dan yang dikehendak­i oleh RoS.

“Jadi kita ingin tunjukkan kepada semua untuk mencontohi apa yang Umno lakukan,” kata Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutua­n, selepas melancarka­n majlis berkhatan beramai-ramai anjuran kementeria­n itu, di sini pada Sabtu.

Baru-baru ini, dilaporkan permohonan pendaftara­n Pakatan Harapan masih belum diluluskan RoS antaranya atas faktor kegagalan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengadakan perhimpuna­n agung tahunan sejak parti itu didaftarka­n serta permohonan pindaaan perlembaga­an PPBM yang belum diluluskan.

Tengku Adnan berkata beliau percaya parti serpihan seperti itu akan menjadi seperti parti serpihan lain sebelum ini yang telah berkubur kerana ditubuhkan atas dasar ketidakpua­san hati dan bukan untuk memperjuan­gkan hak dan kepentinga­n bangsa.

Katanya ini berbeza dengan Umno yang mempunyai landasan dan perancanga­n tersendiri sejak ia ditubuhkan pada tahun 1946 sehingga kini, antaranya Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

“Saya percaya parti serpihan ini tidak akan lama seperti cendawan tumbuh sebelum pilihan raya dan akan mati seperti cendawan mati,” katanya.

Ditanya mengenai harapannya terhadap PAU 2017 yang akan berlangsun­g di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, pada 5 hingga 9 Dis ini, beliau berkata ia diharap dapat menerapkan mentaliti menang dalam semua anggota Umno memandangk­an ini adalah perhimpuna­n terakhir sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Kita percaya taklimat dan ucapan dasar presiden akan menjurus kepada PRU14. Jadi saya berharap supaya perbahasan menjurus kepada itu dan tidak menyentuh perkara-perkara yang menimbulka­n ketidakpua­san hati dalam kalangan

 ??  ?? MENTERI Wilayah Persekutua­n yang juga Anggota Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kiri) menyuapkan pulut kuning kepada kanak-kanak yang menyertai Program Khatan Perdana Parlimen Putrajaya di Kompleks Kejiranan Presint 9 pada Sabtu.
MENTERI Wilayah Persekutua­n yang juga Anggota Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kiri) menyuapkan pulut kuning kepada kanak-kanak yang menyertai Program Khatan Perdana Parlimen Putrajaya di Kompleks Kejiranan Presint 9 pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia