Utusan Borneo (Sabah)

Jadikan bola sepak sukan pilihan

Lebih 150 sertai Klinik Bola Sepak di Sandakan

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

Gabungan kelab yang menganjurk­an program bertemakan `Mengembali­kan Zaman Kegemilang­an Bola Sepak Negeri Sabah’ itu terdiri daripada Persatuan Anak Nelayan Kinabatang­an (PKANK), Kelab Bola Sepak Persisiran Kinabatang­an (KBPK), Kelab Belia Kg Karamuntin­g (KBKK) dan Sandakan Newbie dengan kerjasama Kelab Bekas Pemain Bola Sepoak Negeri Sabah 90an (SS90S FC).

Beberapa jurulatih Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) telah dijemput mengendali­kan klinik tersebut diketuai Justin Ganai.

Antara jurulatih lain yang terlibat adalah Jelius Ating, Burhan Ajui, Yap Wai Loon, Suharmin Yusof, Andrew Laban, Conrad Mojungkim, Johnny Dominicus, Mark Damum, Hashim Hamzah, Petronella Douny dan Anizam Zainudin.

Jurucakap SS90S Hashim berkata, selain dari Sandakan dan Kinabatang­an, terdapat juga peserta dari Tongod dan dan Beluran.

“Peserta yang datang itu berusia 10-20 tahun ke atas. Ia adalah sambutan yang amat menggalakk­an dan menepati tujuan utama penganjura­n program berkenaan iaitu menjadikan bola sepak sebagai salah satu sukan pilihan.

“Peserta diberi tunjuk ajar asas permainan bola sepak yang betul kerana kita mahu mereka bermain dengan teknik yang betul. Ini adalah antara usaha awal yang betul untuk mengembali­kan zaman kegemilang­an bola sepak negeri ini,” katanya.

Program selama dua hari itu diakhiri dengan perlawanan persahabat­an antara pasukan Veteran Umno Kinabatang­an dan pasukan pilihan SS90S FC.

Perlawanan itu berkesudah­an pasukan pilihan SS90S menang 4-1.

Majlis penutupan program disempurna­kan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karamuntin­g Datuk Charles O Pang.

Turut bersama adalah pengerusi PKANK Emerson Dawang yang juga pengerusi penganjur, Sedin Hj Kechil (KBPK), Mohd Najib Nawang (KBKK) dan Dato Maharudin (Sandakan Newbie).

Emerson berterima kasih kepada semua yang menjayakan

HASHIM Jurucakap SS90S

program itu serta kerjasama daripada Safa Daerah Sandakan MPS dan Sandakan FM.

“Peserta diberi tunjuk ajar asas permainan bola sepak yang betul kerana kita mahu mereka bermain dengan teknik yang betul. Ini adalah antara usaha awal yang betul untuk mengembali­kan zaman kegemilang­an bola sepak negeri ini.

 ??  ?? PETRONELLA (kiri) membimbing pemain-pemain muda. JELIUS (berkaca mata) sedang memeberi tunjuk ajar kepada peserta.
PETRONELLA (kiri) membimbing pemain-pemain muda. JELIUS (berkaca mata) sedang memeberi tunjuk ajar kepada peserta.
 ??  ?? PENGANJUR dan pemain SS90S FC bersama Charles (depan tujuh dari kanan) dan Emerson (depan enam dari kanan).
PENGANJUR dan pemain SS90S FC bersama Charles (depan tujuh dari kanan) dan Emerson (depan enam dari kanan).
 ??  ?? JUSTIN menerima sijil dan cenderaken­angan daripada Emerson.
JUSTIN menerima sijil dan cenderaken­angan daripada Emerson.
 ??  ?? JUSTIN sedang melakukan demonstras­i cara larian dan membawa bola yang betul.
JUSTIN sedang melakukan demonstras­i cara larian dan membawa bola yang betul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia