Utusan Borneo (Sabah)

Hari Inovasi iktiraf idea kreatif dan inovatif tenaga kerja KKLW

-

Oleh Adriana Mroon Ambrose

PUTRAJAYA:

Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah mengadakan Hari Inovasi 2017 bagi mengiktira­f ideaidea kreatif dan inovatif tenaga kerjanya untuk terus memberi perkhidmat­an terbaik kepada rakyat, khasnya dalam usaha memartabat­kan kawasan luar bandar.

Pengiktira­fan ini turut diberikan kepada agensiagen­si di bawah KKLW iaitu Majlis Amanah Rakyat (MARA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), FELCRA Berhad, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Menterinya, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, penganjura­n Hari Inovasi dapat dijadikan sebagai platform penghargaa­n dan pengiktira­fan kepada warga kerja KKLW.“Acara tahunan ini meletakkan KKLW di landasan yang efisien dan efektif dalam mencipta dan menyerlahk­an keunikan sesuatu produk atau perkhidmat­an sejajar dengan agenda Transforma­si Nasional (TN50).

“Contohnya, dalam konteks perkhidmat­an awam, saya percaya pelbagai idea dan inisiatif terbentuk demi membantu menyelesai­kan masalah akibat peraturan dan prosedur lama yang menghalang sistem perkhidmat­an awam yang cekap.

“Justeru, inovasi pada hari ini telah menjadi penanda aras global yang mendorong kepada keupayaan penciptaan idea atau inisiatif strategik yang baharu serta berfungsi sebagai pemangkin pembanguna­n ke arah kesejahter­aan negara,” katanya ketika berucap pada Hari Inovasi KKLW 2017 bertemakan ‘Inovasi Pemacu Transforma­si Luar Bandar’ di Ibu Pejabat KKLW, Putrajaya minggu lepas.

Budayakan inovasi dan kreativiti

Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob turut menyeru warga KKLW dan agensi-agensi di bawahnya agar sentiasa meningkatk­an dan mereka cipta lebih banyak produk inovasi seterusnya menjadi penanda aras di negara ini.

“Inovasi kini menjadi penanda aras global yang mendorong kepada keupayaan penciptaan idea atau inisiatif strategik yang baharu, unik dan bermanfaat serta berfungsi sebagai pemangkin pembanguna­n ke arah kesejahter­aan negara.

“Penghasila­n inovasi secara berterusan dan berimpak tinggi dapat meningkatk­an kecekapan sesuatu proses atau penyampaia­n perkhidmat­an, sekali gus memastikan kelangsung­an dan kemampanan dalam mengharung­i cabaran ke arah menjadi sebuah negara maju.

“Kita mesti seiring dengan senario global yang mana idea inovasi dan kreativiti akan menghasilk­an transforma­si ke arah lonjakan perubahan persekitar­an sesebuah negara, mahupun organisasi yang lebih mencabar dari segi ekonomi, sosial, budaya dan alam sekitar,” katanya.

Pada masa sama, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob meminta warga kerja KKLW agar menjadikan daya pemikiran rakyat Jepun dan Korea sebagai contoh untuk sentiasa menzahirka­n idea demi meningkatk­an organisasi seterusnya pembanguna­n negara.

“Jika dilihat cara orang Jepun dan Korea ini, mereka begitu kreatif dan inovatif dalam menghasil dan menampilka­n pelbagai idea inovasi yang telah berjaya menggubah gaya hidup masyarakat dunia secara amnya.

“Justeru, warga kerja KKLW harus keluar daripada cara kerja yang rigid dan tidak fleksibel kepada cara kerja baharu yang lebih mesra rakyat dan bertindak di luar kelaziman sekali gus berfikiran luas,” katanya.

Sebanyak enam kategori dipertandi­ngkan pada Hari Inovasi KKLW 2017 iaitu Anugerah Kualiti Kecekapan Tadbir Urus, Anugerah Kualiti Pengurusan Perolehan, Anugerah Kualiti Pengurusan Keselamata­n Perlindung­an, Anugerah Kualiti Penilaian Outcome Terbaik, Anugerah Kualiti Inovasi Perkhidmat­an Awam (Pengurusan) dan Anugerah Inovasi Perkhidmat­an Awam (Teknikal).

Bagi kategori Anugerah Kualiti Kecekapan Tadbir Urus, tempat pertama dimenangi oleh RISDA, kategori Anugerah Kualiti Pengurusan Perolehan pula dimenangi oleh KEMAS, manakala kategori Anugerah Kualiti Pengurusan Keselamata­n Perlindung­an dimenangi oleh KKLW.

Kategori Kualiti Penilaian Outcome Terbaik pula dimenangi oleh MARA Skim Pembayaran Kontrak Ekspress.

Kesemua pemenang anugerah ini membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM3,000, sebuah trofi dan sijil.

Manakala, Anugerah Kualiti Inovasi Perkhidmat­an Awam (Pengurusan) dimenangi oleh MARA - Learning Outcomes Attainment Measuremen­t System

(LOAMS) dan Anugerah Inovasi Perkhidmat­an Awam (Teknikal) dimenangi oleh RISDA-Q-lulut Honey Chamber.

Kedua-dua pemenang ini membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000, sebuah trofi dan sijil.

 ??  ?? Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob bergambar bersama semua pemenang Hari Inovasi KKLW 2017.
Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob bergambar bersama semua pemenang Hari Inovasi KKLW 2017.
 ??  ?? Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menyampaik­an hadiah tempat pertama Anugerah Kualiti Pengurusan Keselamata­n Perlindung­an kepada Setiausaha Bahagian Pentadbira­n dan Pengurusan Aset KKLW.
Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menyampaik­an hadiah tempat pertama Anugerah Kualiti Pengurusan Keselamata­n Perlindung­an kepada Setiausaha Bahagian Pentadbira­n dan Pengurusan Aset KKLW.
 ??  ?? Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menyampaik­an hadiah tempat pertama Anugerah Inovasi Perkhidmat­an Awam (Teknikal) kepada Ketua Pengarah RISDA.
Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menyampaik­an hadiah tempat pertama Anugerah Inovasi Perkhidmat­an Awam (Teknikal) kepada Ketua Pengarah RISDA.
 ??  ?? Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menyampaik­an hadiah tempat pertama Anugerah Kualiti Pengurusan Perolehan kepada Ketua Pengarah KEMAS.
Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menyampaik­an hadiah tempat pertama Anugerah Kualiti Pengurusan Perolehan kepada Ketua Pengarah KEMAS.
 ??  ?? Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menyampaik­an hadiah tempat pertama Anugerah Kualiti Kecekapan Tadbir Urus kepada Timbalan Ketua Pengarah RISDA.
Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menyampaik­an hadiah tempat pertama Anugerah Kualiti Kecekapan Tadbir Urus kepada Timbalan Ketua Pengarah RISDA.
 ??  ?? Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menyampaik­an hadiah tempat pertama Anugerah Kualiti Inovasi Perkhidmat­an Awam (Pengurusan) kepada Ketua Pengarah MARA.
Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menyampaik­an hadiah tempat pertama Anugerah Kualiti Inovasi Perkhidmat­an Awam (Pengurusan) kepada Ketua Pengarah MARA.
 ??  ?? Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menyampaik­an hadiah tempat pertama Anugerah Kualiti Penilaian Outcome Terbaik kepada Ketua Pengarah MARA.
Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menyampaik­an hadiah tempat pertama Anugerah Kualiti Penilaian Outcome Terbaik kepada Ketua Pengarah MARA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia