Utusan Borneo (Sabah)

Jambatan, masjid Kg Numbak dibaik pulih sukarelawa­n IKBN

- Oleh YAP SIONG HAN

SERAMAI 60 sukarelawa­n dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut berjaya membaik pulih jambatan serta masjid di Kampung

(Kg) Numbak, Sepanggar. Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Jumat Idris berkata, inisiatif seumpamany­a adalah program ke-12 diadakan di sini.

“Banyak program membaik pulih diadakan di kawasan Sepanggar dan satu jambatan menghubung­kan Kg Mensiang dengan Kg Natai dan Nalap turut berjaya disiapkan. “Program seumpamany­a

adalah inisiatif daripada Perdana Menteri yang berjalan serentak di seluruh negara.

“Di Parlimen Sepanggar, semua pemimpin dari komponen Barisan Nasional (BN) turut terlibat sama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Penutupan Program Kesukarela­wan IKBNS Zon Sabah, Touch Point Di bawah Cabinet Away Day (CAD siri ke-2/2017), di Sepanggar pada Sabtu.

Beliau berkata, program membaik pulih itu sangat berjaya dan mendapat sambutan yang positif kerana ramai penduduk kampung berterima kasih kepada kerajaan di atas keprihatin­an itu.

Jumat mencadangk­an kepada kerajaan agar program seumpamany­a yang melibatkan sukarelawa­n belia dipertingk­atkan bagi mengasah kemahiran mereka.

“Ini adalah satu peluang kepada kerajaan untuk bersama-sama menggunaka­n tenaga sekaligus mampu mengelakka­n kelewatan sesuatu kerja,” katanya.

Sementara itu, Pengarah IKBN Kinarut Razali Mohamad berkata, projek itu adalah program terakhir pada tahun ini dan Sepanggar dipilih berdasarka­n lokasinya yang dekat dengan asrama pelajar.

Katanya, terdapat tiga pasukan yang terdiri 20 orang sukarelawa­n setiap pasukan berjaya menyiapkan kerja-kerja membaik pulih selama seminggu.

Hadir sama ialah Naib Ketua Bahagian Umno Sepanggar Zaitun Mohd Kassim, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Sepanggar, Ramlan Awal serta tetamu kehormat yang lain.

 ??  ?? JUMAT menyempurn­akan gimik perasmian majlis itu.
JUMAT menyempurn­akan gimik perasmian majlis itu.
 ??  ?? JUMAT (dua kiri) menerima cenderaken­angan daripada Razali.
JUMAT (dua kiri) menerima cenderaken­angan daripada Razali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia