Utusan Borneo (Sabah)

Pertemuan dengan Tun Mahathir tiada kaitan politik

- Oleh JAINUDIN NASIR

KUDAT: Ketua Pentadbir Wilayah Dewan Undangan Negeri (DUN) Tandek Nurjaffar Inggis menafikan tuduhan bahawa dia mengadakan pertemuan politik dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata tuduhan itu mengatakan dia ditawarkan wang jutaan ringgit untuk bertanding atas tiket parti pembangkan­g di Sabah pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Siapalah saya ini untuk bertanding dalam pilihan raya dan mewakili parti apa?” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Menurut beliau, memang benar dia ada berkunjung ke rumah kediaman Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya, Kuala Lumpur, namun topik perbincang­an mereka tiada kaitan politik di Sabah.

“Saya menafikan bahawa saya dipanggil oleh Tun untuk ditawarkan sesuatu, termasuk kononnya Tun membayar tiket kapal terbang pergi-balik saya dari Sabah ke Kuala Lumpur. Semua itu adalah tidak benar melainkan satu pembohonga­n bagi merosakkan nama dan peribadi saya.

“Pertemuan kami adalah bagi membincang­kan soal perniagaan dan tiada kena mengena dengan politik di Sabah,” jelasnya yang juga ahli jawatankua­sa Persatuan Momogun Sabah.

Nurjaffar menegaskan tuduhan kononnya Mahathir menawarkan jutaan ringgit kepadanya supaya bertanding atas tiket parti pembangkan­g di Sabah adalah berunsur fitnah dan sengaja dikeluarka­n oleh mereka yang tidak senang hati keberadaan­nya dalam persatuan Momogun dan sebagai Ketua Pentadbir Wilayah Tandek.

“Saya tetap dengan pendirian sendiri, masih yakin dan menyokong kepimpinan kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN),” katanya.

 ??  ?? PERTEMUAN Nurjaffar dengan Mahathir adalah untuk membincang­kan hal perniagaan.
PERTEMUAN Nurjaffar dengan Mahathir adalah untuk membincang­kan hal perniagaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia