Utusan Borneo (Sabah)

Pelakon filem ‘Peransang Rentap’ Vincent Mallang dinobat juara ‘R U Tough Enough?’ 2017

-

JURULATIH Kecerdasan Dari Sarawak Vincent Mallang baru-baru ini telah dipilih sebagai Individu Paling Gagah 2017 menerusi program ‘R U Tough Enough? The Ultimate Edition’ di KIX HD (Astro Channel 729)

Dalam pertanding­an ini, Mallang, anak kelahiran Bidayuh-Kayan yang tidak lama sebelum ini membintang­i dalam filem ‘Peransang Rentap’ dan tidak asing lagi terhadap kesakitan dan kecederaan sehingga pernah patah pergelanga­n tangan disebabkan pergerakan parkour, bertanding dalam pusingan bonus bersama tiga bekas pemenang ‘R U Tough Enough?’ tahun 2014 ke 2016 dan berjaya menjadi johan.

Kemenangan­nya dalam pertanding­an akhir menobatkan beliau sebagai juara utama ‘R U Tough Enough?’ dengan hadiah utama keseluruha­n bernilai RM30,000

Di pertanding­an peringkat akhir ini, keseluruha­n ruang Orange Concourse di Sunway Pyramid dipenuhi dengan rintangan dan cabaran yang menguji kekuatan fizikal, ketahanan mental dan daya tahan emosi setiap peserta akhir.

Menariknya animasi ini bukan sahaja menghiburk­an sebaliknya sarat pelbagai mesej bermanfaat selain setiap Rabu dan Khamis.

‘Fruiterama’ sebuah animasi penceritaa­n yang menghiburk­an kanakkanak menggunaka­n buah-buahan sebagai watak seperti durian, mangga, kelapa, nona dan sebagainya.

Episod pengenalan­nya berjudul ‘Maharaja Buah’ di mana Tok Nyior menceritak­an tentang buah durian yang menjadi Maharaja Buah.

Kemudian diikuti dengan segmen kuiz - kumpul dan menang di mana penonton diajukan soalan.

Seterusnya episod ‘Buah Dabai’ di mana Tok Nyior menceritak­an tentang Si Kalo buah dabai.

Semakin menarik dengan episod ‘Muka Buah’ berkongsi cerita tentang Si Agogo buah mangga yang asyik dengan facebook.

Sementara itu ‘Atan Dan Nyet’ sebuah animasi berunsurka­n pendidikan dalam bentuk kartun animasi khas bagi kanakkanak pra sekolah.

Pengembara­an menarik kanak-kanak berumur 9 tahun dikenali sebagai Atan dan robot monyet miliknya iaitu Nyet.

Nyet dilengkapi dengan kecerdasan buatan dan mempunyai keupayaan yang luar biasa untuk mengetahui apa sahaja bakal berlaku pada masa depan.

Begitu pun Atan mempunyai akal yang cerdik untuk memilih dan memenuhi keinginann­ya untuk mendapatka­n objek dari masa depan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia