Utusan Borneo (Sabah)

Murid SKJB dibawa membeli barang keperluan Krismas

-

MIRI: Menjelang sambutan Krismas, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Jalan Bintang (SKJB) membawa 46 murid sekolah itu membeli barang keperluan perayaan di Boulevard di sini.

Di bawah Program Amal Pra-Krismas PIBG SKJB, murid dari tahun satu hingga enam termasuk murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dibawa membeli pakaian, kasut dan aksesori baharu sebagai persiapan menyambut perayaan Krismas.

Semua murid itu turut ditemani 33 guru SKJB untuk memilih barangan.

Pengerusi PIBG SKJB Mohd Farez Samin berkata murid yang dipilih dibawa membeli-belah itu adalah daripada keluarga berpendapa­tan rendah.

“Program ini adalah bagi membantu mereka yang kurang berkemampu­an dan diharap kanak-kanak ini tidak ketinggala­n bergembira menyambut perayaan nanti.

“Program ini dijalankan untuk semua murid pelbagai kaum dan program sama dianjurkan pada Ramadan lalu untuk murid-murid beragama Islam membeli-belah barangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri,” katanya kepada Utusan Borneo di sini.

Mohd Farez berkata, pihak sekolah menjalanka­n kutipan dana selama dua minggu untuk program itu dan setiap murid berpeluang berbelanja sebanyak RM173.

“Kutipan juga melalui sumbangan PIBG, ibu bapa, persendiri­an, agensi-agensi kerajaan dan swasta.

“Saya bersyukur dengan sumbangan kami terima dalam masa singkat dan berharap agar sumbangan ini akan meningkat pada program sama pada masa akan datang,” katanya.

Selain itu, Boulevard turut menyumbang beg sekolah kepada setiap murid dan barangan cenderamat­a kepada guru.

Turut hadir Penolong Kanan Pentadbira­n Henry Madai, Penolong Kanan PPKI Suhaila Sabeh, Penolong Kanan Kokurikulu­m Henry Edward Tarang, Pengurus Operasi (Supermarke­t) Boulevard Hypermarke­t Danny Lau, Pengurus Operasi (Hardline) Boulevard Hypermarke­t Ko Siew Lan dan Pengurus Pemasaran (Kumpulan) Alan Lee.

 ??  ?? GURU, murid dan kakitangan pusat Boulevard bersama pada program beli-belah itu.
GURU, murid dan kakitangan pusat Boulevard bersama pada program beli-belah itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia